SAYA berusia 16 tahun dan kerap melakukan onani. Namun ketika ejakulasi, air mani tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh.
Untuk pengetahuan doktor, saya tinggal di asrama dan pernah melihat zakar rakan sebaya ketika kami mandi beramai-ramai.
Namun saya pelik kerana saiz zakar saya tidak sama dengan mereka. Zakar saya seolah-olah tidak membesar kerana walaupun berusia 16 tahun, saiznya sama seperti tiga empat tahun lalu.
Namun saya pelik kerana saiz zakar saya tidak sama dengan mereka. Zakar saya seolah-olah tidak membesar kerana walaupun berusia 16 tahun, saiznya sama seperti tiga empat tahun lalu.
REMAJA RUNSING
Klang, Selangor
Anda mungkin memiliki zakar yang saiznya kecil ketika tidak ereksi tetapi membesar dan memanjang ketika ereksi. Keadaan ini memang biasa bagi lelaki yang memiliki zakar jenis ‘grower’ atau boleh membesar dan berkemampuan membesar ketika ereksi.
Jangan bandingkan dengan zakar rakan anda kerana mereka mungkin memiliki zakar yang tetap kelihatan panjang dan besar ketika tidak ereksi.
Untuk pengetahuan anda, mereka memiliki jenis zakar yang saiznya sama ketika ereksi dan tidak ereksi.
Jangan tertekan dengan keadaan zakar anda kerana anda baru berusia 16 tahun. Masih ada banyak masa untuk zakar itu membina secara semula jadi. Paling penting adalah saiz dan bentuk zakar ketika ereksi, bukan ketika tidak ereksi, kerana ia penting untuk melakukan hubungan seks.
Jika keadaannya masih tidak berubah ketika berusia 22 atau 23 tahun, anda boleh mendapatkan nasihat doktor.
Buat masa ini, jangan fikirkan sangat perkara itu kerana yang penting ialah tumpuan kepada pelajaran selain kurangkan amalan onani.
Sumber asal : Hmetro online
0 comments:
Post a Comment