Dua Bas UMNO Kemalangan Dengan Trailer – 1 Maut 77 Cedera (5 Gambar)


Dua Bas UMNO Kemalangan Dengan Trailer – 1 Maut 77 Cedera (5 Gambar) | Dua bas yang membawa ahli Umno terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal pagi, tadi. Dalam nahas kira-kira jam 2.58 pagi itu, seorang wanita warga emas maut manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan bas UMNO itu.

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Mangsa, Roa Dol, 79, Ahli Jawatankuasa Umno cawangan Parit Lubok Tengah, Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Semua 84 peserta rombongan dari Terengganu dan Johor dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat selepas selesai menghadiriPerhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ketika kejadian, sebuah bas dikatakanhilang kawalan, lalu melanggar belakang sebuah treler di hadapannya, sebelum dirempuh sebuah lagi bas rombongan.

Antara mangsa yang terlibat dengan kemalangan membabitkan ahli Umno selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun parti itu di Stadium Bukit Jalil.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal dalam kes kemalangan bas UMNO ini mendapati,bas membawa 40 anggota Puteri Umno dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Berang, Terengganu yang dalam perjalanan ke Melaka itu melanggar belakang sebuah treler terlebih dahulu.
“Akibat perlanggaran itu, sebuah lagi bas yang membawa 44 lagi ahli Umno gagal mengelak bas yang berada di hadapan, lalu melanggar bahagian belakang bas berkenaan. Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar, manakala 77 lagi penumpang rata-ratanya wanita termasuk pemandu bas cedera,” katanya.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam mengusung mangsa yang terlibat dengan kemalangan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian kemalangan bas UMNO ini. Menurutnya, kesemua mangsa dikejarkan ke HTJ, di sini untuk menerima rawatan.
Pengarah HTJ, Dr Jaafar Che Mat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 5.40 pagi. “Kesemua yang cedera dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Tak kire lah, orang yang sokong UMNO ke, PAS ke, berbaju merah ke, atau pun berbaju kuning, mengikut sunnatullah, semua akan mati, tiada yang kekal abadi. Ingatlah, dunia ini hanyalah sementara. Takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Al fatihah.
Sumber: Sinar Harian Online  | Layari Berita Kemalangan Jalanraya Informasi Malaysia Kini

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story