[Video] Perlu Bersolat Walaupun Sedang Jaga Bayi


[Video] Perlu Bersolat Walaupun Sedang Jaga Bayi
Islam itu indah, Islam itu mudah.
Allah telah mewajibkan setiap makhluknya yang telah baligh untuk menunaikan solat lima waktu setiap hari.
“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.” – Hadis Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar.
Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.
Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah S.W.T, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah S.W.T maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya.
Kadang-kadang, kita mudah untuk memberikan alasan supaya tidak menunaikan atau menangguhkan solat.
Contohnya, menangguhkan solat kerana tiada sesiapa yang dapat menjagakan bayi ketika ingin menunaikan ibadah.
Daripada Abu Qatadah katanya:
” Bahawa Nabi s.a.w. solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya.”
Islam juga telah menyediakan jalan atau cara yang mudah untuk menunaikan solat disamping dapat menjaga bayi kita ketika beribadah.
[Video] Perlu Bersolat Walaupun Sedang Jaga Bayi
Caranya:
1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.
Mudah bukan? Semoga selepas ini, tiada alasan lagi bagi kita sebagai Muslim untuk tidak menunaikan solat hanya kerana ingin menjaga bayi kita. InsyaAllah.sumber

1 comments:

Gadis Kampung said...

bagus la entry nie..GK pun ada anak kecik..selalu GK bagi dia tido dulu br GK sembahyang...

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story