Abby Abadi Memang Lantang Bersuara – Zul Ariffin


Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam. Dan sudah tentu selaku bekas kekasih, Zul Ariffin lebih mengenali sisi sebenar Abby Abadi. Kalau selama ini kita dikejutkan dengan kelantangan suara Abby Abadi selepas memasuki politik, namun bagi Zul, Abby yang dikenalinya memang sebegitu.
zul abby
Kata Zul kepada portal Murai:-
Selama mengenali Abby, saya tahu dia memang seorang yang sangat berani menyuarakan pendapat mengenai apa yang jua perkara yang diperbincangkan, malah saya tahu dia juga seorang yang lantang apabila memberikan pandangan. Namun, jika dia rasa betul dengan apa yang dilakukan itu, baguslah. Pada pendapat saya, seseorang itu boleh lantang menyuarakan pendapatnya tetapi mereka juga perlulah bijak dan berpengetahuan sebelum meluahkan kata-kata.
zul abby
Walaupun begitu, Zul Ariffin nyata kurang bersetuju dengan pendapat Abby tentang selebriti bertudung yang sukar mendapat kerja di dalam industri hiburan:-
Saya kurang bersetuju dengan pandangan Abby itu, Pada pandangan saya, showbiz dengan politik adalah bidang yang berbeza dan dia tidak boleh campuradukkan kedua-duanya. Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Malah, mereka turut ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka. Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung. Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain.
Rasanya selepas ini pastinya kita akan lebih banyak mendengar suara Abby lantang menyatakan pendapatnya. Jadi tak perlulah buat-buat terkejut. Mana yang rasa betul, kita terima. Mana yang rasa tak betul, kita rujuk dengan yang lebih pakar. Tak ke gitu?

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story