Ibu Mengamuk Belasah Anak Kerana Rempeyek Rosak


Ibu Mengamuk Belasah Anak Kerana Rempeyek Rosak
KUALA LUMPUR : Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.
Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan. – Metro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story