Selepas sahur, kita hendaklah segera membersihkan mulut dengan menggosok gigi dan sebagainya. Namun ada kalanya terdapat sisa makanan dan ini menyukarkan kita untuk mengeluarkan makanan tersebut. Timbul satu persoalan,adakah batal puasa jika kita menelan sisa makanan tersebut. Persoalan ini perlu diambil peduli kerana ia melibatkan hukum sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak.
Hukum adalah wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan(yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa.
Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi’ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi ‘Abdillah as-Syafi’ie, hlm. 92,
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.
2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.
0 comments:
Post a Comment