Mati takut implan payu dara pecah


SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam.
Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.

Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.


Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

Saudara Paige berkata, ibu muda itu menjalani implan payu dara lebih dua tahun lalu.


Katanya. implan berkenaan dihasilkan sebuah syarikat Perancis, PIP, yang menjadi perhatian baru-baru ini ekoran skandal kecuaian dalam penghasilan produk berkenaan.



Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.

Menulis di Twitter, Paige berkata, dia adalah antara pengguna implan PIP yang tertekan dan terpaksa mengisi borang perubatan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan membuang bahan berkenaan.


“Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.

“Ia sangat menakutkan saya,” katanya. - TS



sumber : myMetro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story