Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.
Pakaian tentera yang di pakai oleh Farid Kamil di majlis resepsinya |
Baru lah tahu kalau kita orang biasa (bukan golongan tentera) tidak dibenarkan sama sekali memakai uniform mereka. Lebih-lebih lagi melakukan upacara sword barrel dan segala macam istiadat yang sering dilakukan di majlis perkahwinan seorang tentera. Maklumlah, kawin dengan orang biasa-biasa aje..
Farid Kamil dan Diana Danielle berjalan di bawah pedang dimajlis resepsi mereka |
Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian
atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
Aduss...tak dapat nak bayangkan kalau betul-betul Farid Kamil kena penjara,kesian Diana Danielle. Kita tunggu lah nanti apa reaksi dan tindakan ATM atau PDRM terhadap Farid Kamil.
Boleh baca di blog Hazrey jika mahukan maklumat lanjut apakah kesalahan Farid Kamil tentang uniform yang dipakainya di majlis resepsinya.
0 comments:
Post a Comment