Makanan Restoran Serina Indah Khabar Dari Rupa?

Makanan Di Restoran Serina Indah Khabar Dari Rupa?

Selera manusia tidak sama, kadang-kadang sedap di mulut kita tapi sebaliknya bagi orang lain.
Sebab itulah ada sesetengah restoran yang jadi kegemaran kita, mungkin tidak disukai sesetengah rakan-rakan kerana berasakan ia tidak kena dengan selera mereka.
Bagaimanapun apabila restoran itu milik selebriti popular, sudah tentulah sedikit sebanyak orang akan berminat untuk menyebarkan sebarang testimoni yang didengar.
Mungkin itulah yang berlaku apabila beberapa pelanggan dikatakan mengadu kepada sebuah akhbar tempatan bahawa makanan yang disajikan di restoran pelakon, Serina Redzuawan indah khabar dari rupa.

Restoran-Char-Koay-Teow-Simply-Delicious-Penang-Mai

Apabila diminta menjawab keluhan pelanggan tersebut, Serina yang turut dikenali umum sebagai anak Chef Wan menganggap hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana masih ramai pelanggan lain yang berpuas hati dengan makanan disajikan di restoran miliknya yang terletak di Kota Damansara itu.
Serina juga beranggapan tidak mustahil ada pihak cuba untuk menjatuhkan perniagaannya dengan mereka cerita.
Begitu pun, Serina turut meluahkan bimbang jika papanya (Chef Wan) akan naik angin dengan berita ini kerana ia mampu menjejaskan reputasi dan perniagaannya.
Hm, bersabarlah Serina.
Kalau betul kualiti makanannya tinggi maka tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana ‘produk yang baik pasti akan bercakap dengan sendiri’. Betul tak? - REM RAMZI
Sumber: Harian Metro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story