Sungguh Ironik… Kemalangan Ketika Temubual Televisyen Pasal Kemalangan

Temubual Kemalangan

JALAN raya di Afrika Selatan dikatakan membunuh ramai rakyat negara itu kerana keadannya yang terlalu teruk.
Ia terlalu teruk sehingga satu kemalangan terjadi ketika wakil rasmi kerajaan ditemubual oleh wartawan di tepi sebatang jalan raya ketika membuat pemeriksaan di situ.
Seorang wakil keselamatan untuk wilayah Barat Laut Afrika Selatan, Mahlakeng Mahlakeng sedang bercakap dengan seorang wartawan dari stesen televisyen SABC berkenaan dengan keadaan jalan raya di kawasan itu.
Kemalangan itu, melibatkan dua buah kereta, kereta di belakang sedang ditarik menggunakan tali oleh kereta hadapan sebelum kereta di hadapan tergelincir dari jalan raya.
Ia ketika Mahlakeng menjelaskan berkenaan keadaan jalan raya di kawasan itu iaitu jalan Lichtenburg-Koster yang terus meragut nyawa rakyat Afrika Selatan ekoran keadaannya.
“Pada ketika kita sedang berbicara ini, jalan raya di sini terus meragut nyawa rakyat negara kita,” kata Mahlakeng sebelum kemalangan itu terjadi.
Dalam kemalangan itu, tiada siapa yang mengalami kecederaan tetapi menurut SABC seorang pejalan kaki nyaris dilanggar kedua-dua kereta berkenaan. – IBNU K/Mynewshub.my
Sungguh Ironik… Kemalangan Ketika Temubual Televisyen Pasal Kemalanganhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Recently-Updated55-001.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Recently-Updated55-001-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoUtama,
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story