Sepahtu Melawak Penjara Dan Satay – Penyokong Kata Itu Hina Anwar

Sepahtu Lawak

MALAM tadi, kumpulan Sepahtu telah berjaya memenangi gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 mengalahkan empat peserta akhir lain sekaligus menggondol hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi dari Astro.
Kumpulan Shiro mendapat tempat kedua, sementara ketiga Bocey, keempat Jambu dan tempat kelima dimenangi oleh Nabil.
Dalam dua persembahan akhir semalam, Sepahtu membawa tema penjara dan berbicara mengenai Satay di Kajang dalam persembahan tema bebas mereka di bahagian pertama.
Pada segmen kedua, Sepahtu mengambil tema perbualan dalam keluarga berkenaan Syuib yang ingin mencari teman wanita.
Hari ini kumpulan Sepahtu terus menerima kecaman daripada pihak yang pro-Pakatan Rakyat apabila lawak Sepahtu yang menggunakan set seperti penjara dan ia dikatakan menghina Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada satu bahagian, dialog Jepp yang merupakan anggota Sepahtu bercakap mengenai parut dimukanya yang diterima ketika makan Satay di Kajang.
“Parut ini, satu malam tu di Kajang.. satay tu liat sangat sampai terkoyak kulit muka,” kata Jepp dalam dialog itu.
Recently Updated54
Penulis melihat tiada sebab dan asas mengapa dialog itu dikatakan menghina Anwar Ibrahim kerana rata-rata dialog di dalam persembahan mereka berkaitan bagaimana mereka ditangkap sehingga dipenjarakan.
Mungkin penyokong Pakatan Rakyat itu merasakan kisah hidup lama Anwar yang pernah dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh akibat kesalahan salah guna kuasa dan liwat itu membuat mereka terasa dan menuduh Sepahtu menghina Anwar.

Baca – Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Kumpulan lawak di Malaysia, jarang melibatkan lawak politik dalam lawak mereka dan semenjak Maharaja Lawak Mega yang pertama pun tidak ada satu kumpulan pun yang menjadikan perkembangan politik dalam negara sebagai modal dalam persembahan mereka.
Lawak Sepahtu pada malam tadi pun, tidak dapat dikesan jika ia cenderung untuk menghina Anwar kerana apa faedahnya Sepahtu akan dapat jika menghina bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang itu?
Tiada kepentingan Sepahtu menghina Anwar kerana mereka juga tidak pernah dilihat rapat atau aktif dalam program politik anjuran Barisan Nasional (BN) apatah lagi menjadi ahli Umno.
Pelik, kenapa mahu melenting sedangkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dengan selamba menghina dengan jelas beberapa insiden membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga walaupun berkias.
Ini bukanlah satira politik seperti didakwa Teresa, padahal ia hanyalah satu persembahan lawak yang umum. Kenapa mahu marah? – KUMBANG WIRA/Mynewshub.my

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story