NAMA Mark Adam sekarang ni bukan lagi asing bukan lagi dalam bidang nyanyian, malah turut dikenali dalam bidang lakonan.
Mark sekarang lebih dikenali sebagai ‘pak lawak’… Yelah, cuba dengar macam mana cara percakapan dia tu. Dia baru buka mulut, orang dah gelak dah.
Walaupun Mark berasal dari Filipina, namun itu bukan penghalang baginya untuk mencari rezeki di sini. Jadi mungkin kerjaya Mark sebagai penyanyi, pelakon dan juga pelawak dapat diterima disini.
Sebab tu lah agaknya anak-anak Shuib dan Siti Sarah, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin ni rapat sangat dengan Mark. Dia punya kelakar tu, sampai boleh menangis tau tak!
“Anak-anak kami sangat baik dengan Mark dan isteri. Lebih-lebih lagi anak bongsu kami, Ariq Matin.
“Ibaratnya jika ada Mark, Matin sudah tidak memandang kami, terus kami tak laku. Mark dan isteri pula sering bermain dan melayan karenah Matin,” jelas Sarah lagi ketika ditemui pihak Astro Gempak.
Shuib dikatakan mula rapat dengan Mark sejak digandingkan di dalam program Juara Parodi pada tahun 2015 dan kebetulan ketika itu Sarah sedang mengandungkan anak bongsu mereka. Sejak itu, dua keluarga ini mula rapat.
“Matin memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mark kerana Mark mula rapat dan melayan Matin semenjak Matin lahir lagi,” kata Shuib.
Sebagai ibu, Sarah langsung tiada rasa cemburu tentang hubungan rapat antara Mark dan anak-anak mereka. Yelah, bila ibu bapa dah berkawan rapat, mestilah akan ada hubungan yang mesra dengan anak-anak kan.
Walaupun Mark dan isterinya, Nor Azah Redzuan masih belum menimang cahaya mata, namun mereka kelihatan tidak kekok untuk melayan kerenah anak-anak Shuib dan Sarah.
“Bagi kami, tiada masalah jika Mark dan isteri rapat dengan anak-anak kerana mereka memang baik. Mereka pun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi kami tidak kisah,” kata Sarah ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya pada Sabtu.
Macam penyanyi Black dan Fad… Kedua-dua anak kembar Fad, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan sangat rapat dengan anak lelaki Black, iaitu Khaleef Dayyan.
Bukan tu saja, malah ramai lagi artis yang boleh dikatakan sangat rapat sehingga mereka kelihatan seperti satu keluarga.
Bagus kan diorang ni semua… Walaupun berada dalam bidang yang sama, tapi itu bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan persahabatan yang rapat ini.
Mudah-mudahan hubungan baik mereka semua ini berkekalan… Mana tahu kot-kot nanti mereka ni berbesan pula ke? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment