06 Ogos 2019 1:22 PM
NILAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang kini memasuki hari ketiga, diteruskan pagi ini dengan kekuatan seramai 159 orang anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkat,a operasi SAR hari ini, bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di The Dusun, Pantai, dekat sini, sejak Ahad lalu, bermula pukul 7.30 pagi tadi.
"Agensi keselamatan yang terlibat antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praak, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri, Sapura, serta penduduk tempatan termasuk orang orang asli," katanya di sini hari ini.
Satu sidang akhbar akan diadakan pukul 4.30 petang ini, di Balai Polis Pantai berhubung perkembangan semasa operasi SAR.
Ahad lalu, media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.
Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.
Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.
Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kes itu sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing.
Katanya, tiada sebarang unsur jenayah dikesan, justeru kes itu masih diklasifikasikan sebagai orang hilang. - Bernama
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment