Showing posts with label Kelab Malam. Show all posts
Showing posts with label Kelab Malam. Show all posts

Gambar Lama Erin Malek Di Kelab Malam Tersebar… Motif?

SEJAK melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.
Jika sekarang sedang heboh gosip menyatakan dia ke kelab malam bersama suaminya selepas melangsungkan perkahwinan, ramai juga yang perasan beberapa keping gambar lama Erin sedang berhibur di sebuah kelab telah tersebar di beberapa portal hiburan beberapa hari sebelum dia bernikah lagi.
Kini, gambar Erin yang seksi dan dikatakan meneguk minuman keras itu semakin rancak disebarkan.
erin malek1
erin malek
erin malek2
Dengarnya, gambar ini dah lama dirakam ketika Erin mengunjungi kelab Rootz KL namun kembali diedar oleh seseorang yang cemburu dengan kebahagiaannya sebagai pengantin baharu.
Bertabahlah Erin… manusia ni macam-macam perangai.
Setiap manusia mesti ada masa silam. Apa yang terbaik perbetulkan kesilapan lalu untuk kehidupan akan datang yang lebih bermakna daripada melayan perkara-perkara yang tak mendatangkan untung.
Selamat berbulan madu!! - MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

5 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan lima lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang 9 Okt lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima lelaki itu berumur antara 25 dan 46 tahun dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Katanya kesemua mereka berasal dari Lembah Klang.
“Tangkapan dilakukan di IPKKL setelah mereka hadir untuk disoal selidik berhubung kejadian tersebut pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Tajudin, kelima-lima mereka direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story