5 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Di Kelab Malam

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan lima lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang 9 Okt lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima lelaki itu berumur antara 25 dan 46 tahun dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Katanya kesemua mereka berasal dari Lembah Klang.
“Tangkapan dilakukan di IPKKL setelah mereka hadir untuk disoal selidik berhubung kejadian tersebut pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Tajudin, kelima-lima mereka direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story