Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Polis Wanita Persis Model Jadi Sebutan

Model
Mereka kelihatan seperti model yang sedang berposing dan memiliki wajah yang cantik hinggakan sesiapa yang memandang akan terpesona.
Namun sebenarnya wanita ini adalah anggota polis di Rusia dan mereka telah menyertai pertandingan ratu cantik yang diadakan dengan matlamat untuk mencari anggota polis wanita yang paling cantik di negara itu.
Pertandingan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Polis di Rusia itu, telah mendapat sambutan menggalakkan.
Menurut penganjur, pertandingan itu diadakan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa seseorang itu boleh menjadi cantik dan pada masa sama mereka juga kuat.
Setakat ini pemenang pertandingan ratu cantik polis itu masih belum diumumkan.
Penyertaan diterima daripada banyak anggota polis wanita termasuk dari bandar Moscow, Volgograd, Chekhov dan Voronezh. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lebih 800 polis tagih dadah


Kota Bharu: Seramai 883 daripada 130,000 anggota polis di Malaysia dikesan terbabit dengan penagihan dadah dalam tempoh tiga tahun lalu.
Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, susulan itu pihaknya aktif mengesan anggota polis yang menjadi penagih tegar dan mereka akan dihantar ke pusat serenti di Sungai Besi, Kuala Lumpur, untuk pemulihan.
Menurutnya, antara 30 hingga 50 anggota menjalani pemulihan bagi setiap tiga bulan mengikut kewajaran.
"Setakat ini kita sedang mengumpul maklumat dan mereka yang jadi penagih tegar akan ditempatkan dulu di pusat itu selewat-lewatnya bulan depan.
"Langkah pemulihan akan membantu anggota terbabit tidak hanyut lebih jauh," katanya selepas taklimat dan penyampaian buku pelan intergriti dan kod etika di Dewan Sri Nilam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman dan Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan Kontinjen Kelantan.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, hanya 1.3 peratus pegawai dan anggota polis negara ini terbabit dalam salah laku sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, antara kesalahan itu ialah dadah, pemerasan dan curi. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Anggota Polis ‘Cantik’ Pula Jadi Viral


Semalam, Mynewshub.cc telah pun memberikan anda laporan berkenaan gambar seorang guru yang cun melecun dan memakai kebaya di sebuah sekolah rendah, hari ini kami berikan anda gambar seorang anggota polis pula.
Tidak diketahui pula, di dalam polis ada anggota secantik ini.
PolisLawa
Pastinya ramai anak-anak muda yang masih solo berlumba-lumba untuk menyertai anggota polis saat melihat gambar ini.
Kalau berminat sertai polis tak apa, jangan berangan pula kena berkas dengan anggota ini.
Comel pula bila anggota ini, duduk seperti itu pegang pistol pula.
Tidak diketahui sumber gambar ini datangnya dari mana tetapi ia telah pun meletup di internet kemungkinan kerana keayuan anggota berkenaan. - MYNEWSHUB

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story