Showing posts with label alyah. Show all posts
Showing posts with label alyah. Show all posts

ALYAH TANGGUH HASRAT RAWATAN IVF, JADUAL PADAT


"Memang saya dan suami ada pertimbangkan untuk menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan dulu. Maklumlah, saya juga merancang untuk buat showcase atau konsert sempena meraikan ulang tahun dua dekad dalam industri muzik tahun depan. 





"Ia juga khusus untuk peminat setia yang menyokong karier nyanyian sejak dulu," kata penyanyi Datin Alyah yang mengakui dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata kerana agenda seninya sangat padat ketika ini. 

Menurut pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia juga sibuk membuat persiapan kerana bakal meraikan ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam industri muzik tanah air pada tahun depan. Mengulas mengenai rawatan IVF pula, kata Alyah, banyak syarat yang perlu dipatuhi sepanjang proses rawatan terbabit. 

Klik untuk gambar besar
 

"Menurut doktor pakar, saya perlu berehat daripada aktiviti seni selama tiga hingga empat bulan ketika proses rawatan dijalankan untuk memastikan ia berjaya. Sedangkan, jadual seni saya padat sehingga tahun depan. 

"Selepas single 'Jutaan Purnama', saya juga baru melancarkan single terbaru berjudul 'Meluruh' dan sibuk untuk mempromosikannya pada peminat ketika ini. Namun, jika ada rezeki daripada Allah SWT untuk saya dan suami mendapat cahaya mata lebih awal, pastinya kami terima dengan hati terbuka," jelasnya. 

Alyah dan suaminya, pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, 60, sudah berkahwin selama enam tahun sejak Mac 2013 tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Hasil perkahwinan terdahulu, Ramli sudah memiliki dua cahaya mata. 


myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Alyah 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Alyah akan ambil tindakan Alyah teruk dihentam di Instagram. FOTO HM


Kuala Lumpur: Isteri juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS yang juga penyanyi terkenal, Datin Alyah akan mengambil tindakan terhadap peminat setia penyanyi Elly Mazlein sekiranya masih menyerangnya di laman sosial.
Tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.
“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.
“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu keputusan drastik Elly meninggalkan program GV3 pada minggu keempat menimbulkan kemarahan peminat selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati.
Alyah berkata, insiden itu telah menyebabkan dia menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya.-Hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story