"Memang saya dan suami ada pertimbangkan untuk menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi nampaknya ia terpaksa ditangguhkan dulu. Maklumlah, saya juga merancang untuk buat showcase atau konsert sempena meraikan ulang tahun dua dekad dalam industri muzik tahun depan.
"Ia juga khusus untuk peminat setia yang menyokong karier nyanyian sejak dulu," kata penyanyi Datin Alyah yang mengakui dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata kerana agenda seninya sangat padat ketika ini.
Menurut pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan, 38, dia juga sibuk membuat persiapan kerana bakal meraikan ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam industri muzik tanah air pada tahun depan. Mengulas mengenai rawatan IVF pula, kata Alyah, banyak syarat yang perlu dipatuhi sepanjang proses rawatan terbabit.
Klik untuk gambar besar
"Menurut doktor pakar, saya perlu berehat daripada aktiviti seni selama tiga hingga empat bulan ketika proses rawatan dijalankan untuk memastikan ia berjaya. Sedangkan, jadual seni saya padat sehingga tahun depan.
"Selepas single 'Jutaan Purnama', saya juga baru melancarkan single terbaru berjudul 'Meluruh' dan sibuk untuk mempromosikannya pada peminat ketika ini. Namun, jika ada rezeki daripada Allah SWT untuk saya dan suami mendapat cahaya mata lebih awal, pastinya kami terima dengan hati terbuka," jelasnya.
Alyah dan suaminya, pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, 60, sudah berkahwin selama enam tahun sejak Mac 2013 tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Hasil perkahwinan terdahulu, Ramli sudah memiliki dua cahaya mata.
myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Alyah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment