Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

Mahathir dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Jepun


mahathir
Mahathir (kanan) dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh IUJ bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.
FUKUOKA, Jepun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ)  bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.
Mahathir menerima 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa' daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, bersempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu.
Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Itami menegaskan bahawa Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan Mahathir, mempunyai impak besar kepada pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN.
"Sememangnya diakui dan diiktiraf  bahawa ramai anak muda Malaysia yang belajar di luar negara di Jepun telah menyumbang kepada pembangunan di Malaysia pada hari ini di bawah dasar ini (Dasar Pandang ke Timur)," menurut kenyataan IUJ yang dikeluarkan bersempena penganugerahan itu.
Dalam ucapan sanjungannya, Itami berkata, Dasar Pandang ke Timur telah menjadi asas kepada hubungan akrab antara Malaysia dan Jepun.
Di bawah Dasar Pandang ke Timur, kerajaan Malaysia telah menghantar beratus-ratus pelajar dan pelatih korporat ke Jepun.
"Apabila kembali ke Malaysia selepas menamatkan pengajian dari universiti atau tamat program di syarikat di Jepun, pelajar Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dan utama dalam membangunkan Malaysia serta sebagai jambatan antara Jepun dan Malaysia," katanya.
Menurut beliau, IUJ telah mendidik lebih 20 pelajar Malaysia yang dihantar oleh kerajaan Malaysia sejak 1990-an.
Itami berkata, IUJ turut melancarkan Program Pembangunan Jepun-Global (JGDP) tahun lepas bagi menawarkan peluang pembelajaran kepada bakal pemimpin terkemuka dari Jepun, Asia termasuk Malaysia, Afrika dan Amerika Latin mengenai pengalaman orang Jepun dalam bidang ekonomi serta pembangunan masyarakat sejak era pemulihan Meiji dan kewajaran di sebalik perkembangan ini.
"IUJ mengalu-alukan penyertaan pelajar dari Malaysia dalam JGDP," katanya.
Itami juga menyatakan harapan bahawa hubungan dua hala yang lebih erat antara Jepun dan Malaysia akan berkembang di bawah Dasar Pandang ke Timur dalam era baharu ini.
"Kami percaya Universiti Antarabangsa Jepun akan memainkan peranan penting dalam Dasar Pandang ke Timur Mahathir dan dalam mengukuhkan hubungan antara Jepun dan Malaysia," katanya. - Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lawatan kerja Mahathir disingkatkan susulan amaran ribut taufan

Mahathir
Mahathir
FUKUOKA (Jepun) - Lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun, disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga hari, sebagai langkah berwaspada susulan amaran ribut taufan, menurut pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.
Katanya, Mahathir kini dijadualkan tiba di Fukuoka pada hari Rabu.
Bagaimanapun, program-program Mahathir yang dijadualkan di Fukuoka masih diteruskan, dengan beberapa perubahan kecil, tambahnya.
Semasa di Fukuoka, Mahathir dijadualkan menyampaikan syarahan di 'Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun' dan di Institut Kepimpinan Asia Kyushu, di samping menerima anugerah ijazah doktor kehormat dari Universiti Antarabangsa Jepun.
Antara perubahan kecil yang dibuat melibatkan jamuan makan malam dihoskan oleh Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun, yang dipinda daripada jadual asal Selasa, kepada hari Rabu. - Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Cabar Tun M Saman Wain Dedah Skandal RM100 Bilion

Cabar Tun M Saman Wain Dedah Skandal RM100 Bilion

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pakatan pembangkang yang cenderung mengaitkan dirinya dengan pelbagai isu negatif yang berlaku dalam negara.

Presiden UMNO itu berkata beliau dihempap dengan pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka oleh pembangkang untuk menghasut rakyat, termasuk dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.
“Orang yang saya tak kenal, Altantuya pun dia kata saya terlibat. Kalau terlibat, tak payah tunggu polis, isteri saya dah buat sesuatu dah. Walaupun saya dah sumpah dalam masjid, bangkit lagi cerita, tetapi tiada bukti langsung.
“(Kes) Kevin Morais pun kata saya terlibat. Cerita cincin (Datin Seri Rosmah Mansor) lagi. Selepas itu, dia (Rafizi Ramli) kata bergurau, tetapi bak kata orang putih, ‘the damage is done‘ (kerosakan telah berlaku),” katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap menggulung perbahasan di hadapan lebih 2,000 perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh pada 2006 manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram dan disimen pada 4 September 2015.
Najib juga mempersoalkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seolah-olah syarikat itu langsung tiada sumbangan kepada negara.
“Isu 1MDB dia kata rugi RM42 bilion, lepas itu dia kata RM27 bilion. Sekarang dah terjawab (isu itu), dia senyap pula. Tetapi jasa 1MDB, setiap tahun 1,200 imam dan ketua kampung naik haji.
“Ada juga jasanya (1MDB). Kalau ada kelemahan, kalau salah, akan segera dibetulkan,” jelas Najib sebagai membidas tohmahan oleh bekas perdana menteri itu.
Beliau turut mencabar Mahathir untuk menyaman penulis, Barry Wain yang menulis buku bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’mengenai penyelewengan berlaku ketika pemerintahan selama 22 tahun.
“Zaman Mahathir lagi banyak cerita. Cerita IPP (penjana tenaga bebas), cerita tol (konsesi lebuh raya), penswastaan Malaysia Airlines, isu Perwaja, Forex (tukaran wang asing). Saya tahu cerita.
“Dalam buku dia (Wain), ada dedah RM100 bilion ketirisan. Kalau tak betul, (Mahathir) saman la Barry Wain. Kalau bab saya, dia suruh saman. Kalau bab dia, tak pula saman,” katanya.
Najib juga mencabar Mahathir, sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan konvensyen parti baharunya, bagi melihat sama ada perwakilan parti itu mampu memenuhi dewan seperti yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mahathir Pun Bersama DAP, Apa Lu Mau Lagi?

Mahathir Pun Bersama DAP. Apa Lu Mau Lagi?

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammed pun mahu berdiri bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Apa Lu Mau Lagi?

Itu kata-kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ditujukan kepada seluruh ahli DAP supaya bekerja lebih kuat untuk merampas pemerintahan negara ini.
Beliau cuba melambangkan Kit Siang kononnya seorang pemimpin yang hebat kerana pernah berasa kecewa apabila tewas dalam pillihan raya pada tahun 1999.
“Beliau tidak pernah berundur dan meneruskan perjuangan untuk DAP. Oleh itu, mari kita terus berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh demi masa depan anak cucu kita,” katanya seperti yang terkandung dalam teks Ucapan Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.
Tony dalam pada itu memberi amaran kepada penjawat awam di Malaysia bahawa mereka akan berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang tegas apabila Pakatan Harapan berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kata beliau, pemerintahan baharu Malaysia dibawah Pakatan Harapan kelak tidak akan bertolak ansur dengan golongan tersebut yang melakukan sebarang kesalahan.
Beliau memberi contoh tindakan yang diambil oleh DAP dalam kes membabitkan salah seorang wakil rakyatnya yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
“Biar contoh ini menjadi amaran dan teladan kepada semua wakil rakyat, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain jawatan kerajaan yang dilantik oleh parti sekarang dan pada masa yang akan datang.
“Parti DAP tidak akan teragak-agak untuk menghukum dan memecat mana-mana pihak yang rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah,” katanya.
Beliau dalam pada itu menyeru semua ahli DAP, ketua kampung dan ahli-ahli majlis di Selangor menjalankan kempen menjimatkan air dan memantau kebersihan sungai kita untuk menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu sambil menyifatkan masalah itu bukan salah kerajaan Selangor. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story