KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pakatan pembangkang yang cenderung mengaitkan dirinya dengan pelbagai isu negatif yang berlaku dalam negara.
Presiden UMNO itu berkata beliau dihempap dengan pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka oleh pembangkang untuk menghasut rakyat, termasuk dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.
“Orang yang saya tak kenal, Altantuya pun dia kata saya terlibat. Kalau terlibat, tak payah tunggu polis, isteri saya dah buat sesuatu dah. Walaupun saya dah sumpah dalam masjid, bangkit lagi cerita, tetapi tiada bukti langsung.
“(Kes) Kevin Morais pun kata saya terlibat. Cerita cincin (Datin Seri Rosmah Mansor) lagi. Selepas itu, dia (Rafizi Ramli) kata bergurau, tetapi bak kata orang putih, ‘the damage is done‘ (kerosakan telah berlaku),” katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap menggulung perbahasan di hadapan lebih 2,000 perwakilan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh pada 2006 manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram dan disimen pada 4 September 2015.
Najib juga mempersoalkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seolah-olah syarikat itu langsung tiada sumbangan kepada negara.
“Isu 1MDB dia kata rugi RM42 bilion, lepas itu dia kata RM27 bilion. Sekarang dah terjawab (isu itu), dia senyap pula. Tetapi jasa 1MDB, setiap tahun 1,200 imam dan ketua kampung naik haji.
“Ada juga jasanya (1MDB). Kalau ada kelemahan, kalau salah, akan segera dibetulkan,” jelas Najib sebagai membidas tohmahan oleh bekas perdana menteri itu.
Beliau turut mencabar Mahathir untuk menyaman penulis, Barry Wain yang menulis buku bertajuk ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’mengenai penyelewengan berlaku ketika pemerintahan selama 22 tahun.
“Zaman Mahathir lagi banyak cerita. Cerita IPP (penjana tenaga bebas), cerita tol (konsesi lebuh raya), penswastaan Malaysia Airlines, isu Perwaja, Forex (tukaran wang asing). Saya tahu cerita.
“Dalam buku dia (Wain), ada dedah RM100 bilion ketirisan. Kalau tak betul, (Mahathir) saman la Barry Wain. Kalau bab saya, dia suruh saman. Kalau bab dia, tak pula saman,” katanya.
Najib juga mencabar Mahathir, sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan konvensyen parti baharunya, bagi melihat sama ada perwakilan parti itu mampu memenuhi dewan seperti yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak badan antarabangsa serta negara komuniti ASEAN mengambil tindakan dalam menghentikan kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Beliau meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya tidak sekadar menyaksikan kekejaman berlaku, sebaliknya mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.
“OIC, tolong jangan tengok saja, lakukanlah sesuatu. PBB, dunia tidak boleh berdiam diri dan hanya menyaksikan pemusnahan bangsa, ini adalah masalah kita.
“Beratus ribu sebelum ini mati di Rwanda dan Bosnia, dunia hanya melihat dan lewat bertindak, kali ini kami tidak mahu hanya menunggu dan melihat,” katanya pada Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, kepimpinan UMNO dan PAS serta lebih 20,000 hadirin termasuk etnik Rohingya yang berada di Malaysia.
Najib turut meminta Presiden Indonesia Joko Widodo supaya mengadakan perhimpunan aman dengan rakyat negara itu sebagai tanda memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya.
“Jangan protes Ahok (Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama) sahaja, Rohingya mesti diperjuangkan, mereka boleh berhimpun di Jakarta, kita nak tunjuk kita tidak reda, kita mesti bertamadun, jaga nyawa dan harta benda, ini tanggungjawab kita sebagai sebahagian daripada maqasid syariah…ini wajib,”katanya.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata Malaysia akan terus bertindak menggunakan apa jua saluran untuk meletakkan tekanan ke atas kerajaan Myanmar sehingga umat Islam Rohingya bebas daripada kezaliman.
Beliau berkata isu Rohingya begitu mencengkam kalbu umat Islam di negara ini kerana agama Islam dihina manakala hak asasi manusia pula dirobek.
“Hari ini umat Islam dan bukan Islam menyatakan pendirian kita yang cukup tegas bahawa kita nak memberi isyarat kepada kerajaan Myanmar, nak beritahu Aung San Suu Kyi… sudahlah tu,” katanya sambil menjelaskan Malaysia bukan mahu campur tangan dalam urusan negara berkenaan.
Kata Najib, kehadiran beliau pada perhimpunan itu walaupun digertak kerajaan Myanmar, sebagai mempertahankan bukan hanya agama Islam, tetapi hak asasi manusia.
“Ia (Myanmar) pakai satu saja artikel dalam ASEAN iaitu kita tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain, dia tidak baca artikel lain mengenai hak asasi manusia. ASEAN juga mempertahankan hak asasi manusia, mereka ini buta ke? Janganlah tafsir ikut sesuka hati.
“Apabila berlaku kezaliman, kekejaman, orang dibunuh, dibakar hidup-hidup, dirogol, dipukul… apakah ini bukan penentangan hak asasi manusia?,” katanya sambil mempersoalkan makna anugerah Nobel Keamanan yang dimiliki pemimpin negara tersebut.
Perdana menteri berkata beliau selaku ketua kerajaan yang mewakili 31 juta rakyat Malaysia tidak boleh ‘tutup mata’ dan membisu dengan kekejaman yang berlaku.
Dalam pada itu, Najib berkata perhimpunan hari ini turut melakar sejarah kerana rakyat mengetepikan perbezaan politik atas nama Islam dan kesatuan ummah.
“Kita ada UMNO dan PAS dalam perhimpunan ini. Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik,” katanya. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
“DIA (kerajaan Myanmar) gertak saya. Dia beri amaran kepada saya. Saya tak peduli. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia seluruhnya. Allahukbar!
Itu ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.
Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa di ibu negara itu, Najib berkata Malaysia tidak berhasrat campur tangan dalam urusan Myanmar, sebaliknya mengingatkan negara itu mengenai piagam Asean yang menekankan hak asasi manusia.
Menurutnya, Malaysia tidak akan ‘buta’ terhadap isu-isu penindasan yang telah sekian lama berlaku keatas etnik minoriti Muslim Rohingnya.
“Bukan kita nak campur tangan. Tidak. Kita mahu tegaskan Asean mempertahankan hak asasi manusia,”
“Tahun lepas kita isytihar Asean sebagai satu komuniti. Bila berlaku kezaliman, orang dibunuh, dibakar hidup-hidup, dipukul, diusir tak boleh bekerja, apakah ini bukan penentangan hak asasi manusia?
“Apa nak mereka (kerajaan Myanmar) saya buat? Nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tak akan tutup mata dan bisu. Sebab Rohingya ini mesti kita bela.
“Mereka juga adalah manusia. Kita mesti berjuang habis-habisan. Allahuakbar,” katanya hari ini dihadapan hadirin yang majoritinya adalah pemimpin dan ahli Umno serta Pas, dan sebahagian pelajar tahfiz.
Najib menambah, isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan, yang mana Malaysia cukup tegas dalam isu ini.
“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough (hentikan),” katanya.
Dalam pada itu, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga diseru agar mula bertindak dan tidak hanya menjadi pemerhati dikala terdapat rakyat yang tidak berdaya ditindas.
Hadir sama dalam himpunan yang melibatkan kerjasama 21 badan bukan kerajaan (NGO) itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pimpinan Umno dan PAS.
Kelmarin, kerajaan Myanmar memberi amaran kepada Najib agar tidak menyertai Himpunan Solidariti Ummah bagi mengutuk tindakan mereka ke atas warga Rohingya. -MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
TOKYO – Malaysia mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum membuat sebarang keputusan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) berikutan kebimbangan bahawa inisiatif itu tidak akan dilaksanakan susulan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dapat meyakinkan Trump bahawa TPPA bukan sahaja akan memanfaatkan 11 negara tetapi juga Amerika.
Abe dijangka bertemu dengan Trump di New York pada Khamis dan beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama berbuat demikian.
“Beliau (Abe) berpendapat bahawa kesemua 11 negara TPPA perlu menghantar mesej kepada bakal presiden itu . Beliau percaya bahawa syarikat korporat di Amerika Syarikat juga mahu perjanjian ini dikuatkuasakan,” kata Najib pada akhir lawatan beliau di sini.
“Kita perlu mengambil sikap tunggu dan lihat kerana apa yang beliau kata semasa berkempen bagi pemilihan jawatan presiden mungkin tidak sama seperti apa yang beliau kata semasa menyandang jawatan itu,” kata Najib.
“Saya rasa kita perlu memberi beliau masa untuk mencerminkan apa yang akan menjadi dasar pentadbiran baharunya.”
Perdana menteri berkata negara-negara anggota TPPA percaya bahawa perjanjian itu akan menggalakkan perdagangan bebas dan membuka pasaran bagi negara-negara yang menyertainya.
“Jika, sebaliknya, kita berfikiran ke arah fahaman perlindungan, kesannya adalah negatif,” kata beliau.
Najib berkata Malaysia perlu bekerjasama dengan presiden baharu untuk mengukuhkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada calon Parti Republikan, Donald Trump atas kemenangannya yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45.
Najib dalam satu kenyataannya menyatakan kemenangan Trump adalah disebabkan mendengar rayuan rakyat yang mahu melihat AS kurang mencampuri hal ehwal luar negara.
“Pendekatan beliau terhadap rakyat AS yang ketinggalan, mereka yang ingin melihat kerajaan lebih tertumpu kepada kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Juga kurang mencampuri hal ehwal asing yang terbukti membelakangkan kepentingan AS sendiri, berjaya membawa Trump ke Rumah Putih,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Najib turut menyifatkan bahawa kejayaan Republikan dalam pilihan raya kali ini ‘luar biasa’ di mana, Trump membuktikan amalan pengundian pendapat dan ulasan media ternyata adalah salah.
“Kejayaan Trump menunjukkan ahli-ahli politik tidak boleh ambil mudah pengundi. Undian pendapat dan tokoh-tokoh politik, semua memandang ringan atas kekuatan sokongan beliau,” katanya lagi.
Pada akhir ucapannya, Najib berharap dapat meneruskan kerjasama negara ini dengan AS di bawah pimpinan Trump sekali gus mengimpikan peluang untuk bertemu dengan jutawan terkenal itu. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
TIANJIN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China.
Beliau bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding perjalanan menaiki kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam.
Ketibaan Najib disambut Naib Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan.
Najib akan menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Operasi untuk projek penyahgaraman air laut dan pembuatan garam antara syarikat Xianda dari Malaysia dengan Suruhanjaya Pembangunan Kawasan Ekonomi-Teknologi Tianjin. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Berikut adalah artikel tulisan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai sejarah hubungan diplomatik Malaysia-China, yang disiarkan chinadaily.com, sebuah portal berita berbahasa Inggeris di China.
Najib sedang melakukan lawatan rasmi enam hari ke China bermula Isnin.
KEPERCAYAAN DISEMAI, MANFAAT DITUAI
Empat puluh dua tahun lepas, iaitu pada 1974, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak melakukan apa yang beliau sifatkan sebagai, “perjalanan ke daerah yang tidak diketahui untuk menyemai benih persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain.”
Beliau berbuat demikian walaupun disambut dengan hamburan persoalan dan kritikan kerana banyak pihak berpendapat beliau mengambil langkah silap apabila mengemudi Malaysia untuk menjadi negara pertama di rantau ini yang menjalin hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.
Namun demikian, ayahanda saya, Tun Razak, tetap berpegang teguh dengan kepercayaannya bahawa usaha untuk memupuk perdamaian dan kerjasama dalam kalangan jiran merupakan suatu langkah yang betul.
Apabila saya, sebagai anak muda ketika itu, bertanya ayahanda saya kenapa beliau begitu yakin tentang langkah itu, beliau menjawab: “Sebab Zhou Enlai adalah seorang manusia yang boleh saya percayai.”
Setelah beberapa dekad berlalu, keputusan ayahanda saya meletakkan kepercayaan terhadap China itu ternyata tidak sia-sia dan kini kita menuai hasil daripada wawasan beliau itu.
Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan China menjadi semakin rapat apabila dibantu oleh pertukaran erat dalam bidang politik dan perniagaan di peringkat tertinggi.
China adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkannya sejak 2009, dengan perdagangan antara kedua-dua negara pada tahun lepas mencapai kira-kira US$100 bilion.
Malaysia juga merupakan rakan perdagangan kelapan terbesar dunia bagi China. Dalam kalangan negara anggota ASEAN pula, kami merupakan rakan perdagangan terbesar bagi China, juga sumber terbesar import dan destinasi eksport kedua terbesar bagi China.
Dalam tempoh 22 tahun lepas, saya mengunjungi China dalam pelbagai kedudukan, termasuk sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.
Setiap kali melakukan lawatan, saya kagum apabila melihat betapa eratnya hubungan antara kita, bagaimana ia berkembang dengan begitu pesat serta betapa banyaknya peluang yang wujud pada masa akan datang.
Saya menyaksikan bagaimana China mendapatkan kembali kedudukannya di persada dunia sebagai sebuah kuasa besar, manakala di Malaysia, kami melangkah maju daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah ekonomi berpendapatan pertengahan atas dan sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Kini, hubungan antara negara kita sedang menuju ke aras lebih tinggi. Sempena lawatan saya ini, yang turut melibatkan perbincangan dengan Tuan Yang Terutama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang, kami akan menandatangani banyak perjanjian dan memorandum persefahaman baharu, yang akan meningkatkan lagi hubungan antara negara kita.
Usaha sama yang dijalin dengan syarikat China telah melahirkan Taman Perindustrian Qinzhou Industrial di Guangxi, manakala Taman Perindustrian Kuantan pula mewujudkan pekerjaan dan peluang baharu untuk rakyat dari kedua-dua negara.
Kini, kami mempunyai pelabuhan air dalam di Melaka, suatu projek yang dirasmikan bulan lepas.
Pelan bagi Bandar Malaysia, sebuah metropolis bawah tanah berbentuk futuristik – yang akan merupakan sebuah bandar raya bawah tanah terbesar di dunia apabila ia siap dibina di Kuala Lumpur – telah diumumkan.
Kami sungguh gembira kerana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah Xiamen University Malaysia, cawangan pertama universiti awam China di seberang laut.
Itu hanyalah sebahagian daripada kerjasama yang dijalin dalam pelbagai sektor, termasuk kereta api, hartanah dan tenaga, yang sedang dilaksanakan.
Seterusnya, kami komited untuk meluaskan lagi kerjasama yang sedia terjalin, termasuk secara dua hala melalui Pertubuhan Negara Asia Tenggara dan sebagai sebahagian daripada inisiatif Presiden Xi yang berwawasan jauh, ‘One Belt One Road’.
Di samping itu, kami juga sedang mengambil langkah baharu dalam bidang kerjasama ketenteraan dengan China.
Hampir dua tahun lepas, kami pertama kali mengadakan latihan ketenteraan dua hala dan pada tahun lepas pula, untuk julung kalinya, kami mengadakan latihan bersama melibatkan anggota tentera.
Sekarang, kami mengadakan perjanjian pertahanan signifikan pertama antara kedua-dua negara, dengan Malaysia membeli kapal misi pesisir daripada China – dua kapal pertama daripadanya akan dibina di China, kemudian dua di Malaysia, dan seterusnya kapal yang dibina oleh Malaysia dengan pembiayaan kerajaan.
Perjanjian ini akan meningkatkan lagi keupayaan industri pembinaan kapal dan pertahanan Malaysia.
Hubungan antara China dan Malaysia adalah berasaskan sikap saling mempercayai dan menghormati.
Namun demikian, kami sedar bahawa walaupun merupakan sahabat rapat, mungkin terdapat juga isu yang kami berbeza pendapat.
Mengenai Laut China Selatan, kami berkeyakinan penuh bahawa pertikaian bertindih mengenai wilayah dan maritim perlu ditangani secara tenang dan rasional serta melalui dialog, sejajar dengan kedaulatan undang-undang dan rundingan secara aman.
Secara lebih jelas, kami percaya bahawa adalah wajar bagi negara lebih besar untuk melayan negara lebih kecil secara adil.
Ini termasuklah bekas kuasa penjajah. Mereka tidak sepatutnya mengajar negara yang pernah mereka jajah tentang cara untuk menangani hal ehwal dalaman masing-masing yang wujud hari ini.
Malaysia dan China sependapat tentang keperluan mempertahankan kedaulatan negara dan percaya bahawa sejarah, nilai dan sistem tadbir urus sesebuah negara, perlu dihormati.
Ini khususnya lebih relevan apabila titik penentu dunia kini beralih ke Timur. Institusi global juga perlulah mencerminkan hasrat sebenar dan pandangan negara yang tidak diberi suara dalam infrastruktur perundangan dan keselamatan yang dibina pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua.
Inilah sebabnya kami mengalu-alukan insiatif China untuk mewujudkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia.
Kami memerlukan institusi baharu untuk era baharu: era dialog secara aman, bukan campur tangan asing di negara berdaulat, dan kerjasama ‘menang-menang’ yang memberi manfaat kepada semua, bukan kepada hanya segelintir pihak sahaja.
Ini akan menjadi Kurun Asia, tetapi tidak banyak negara yang mampu mewakili potensi yang terdapat di rantau kami, lebih baik daripada China.
Melalui kerjasama, kita perlu mengukuhkan lagi kerjasama yang ditempa semula oleh Tun Razak pada 1974, yang melangkah kembali ke beberapa kurun lepas hingga ke awal era Dinasti Ming apabila duta perdagangan China pertama kali tiba di Melaka.
Peluangnya sudah ada – hanya kita yang perlu memanfaatkannya. Dan dalam berbuat demikian, saya yakin kita mampu mengubah kehidupan rakyat kita dan membentuk semula rantau ini serta dunia untuk menjadi lebih sejahtera. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan aplikasi mudah alih menerusi dua platform termasuk untuk pengguna Android dan iOS bagi merealisasikan usaha dalam mendekati rakyat.
Aplikasi rasmi Najib Razak dilancarkan bagi mengumpul kesemua perkembangan terkini dan perkembangan media sosial perdana menteri dalam satu aplikasi interaktif.
Ia mempunyai ciri mesra pengguna dengan adanya ruangan maklum balas bagi memudahkan rakyat memberi pandangan dan komen secara terus kepada Perdana Menteri.
“Aplikasi ini juga mempunyai ciri siaran langsung eksklusif bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti serta program-program saya. Muat turun agar kita terus kekal berhubung!” tulis Najib di laman Facebook.
Manakala ciri siaran langsung yang terbina di dalam aplikasi tersebut membolehkan pengguna menonton aktiviti dan program yang dihadiri beliau secara langsung.
Permohonan interaktif juga membolehkan pengguna untuk mengambil bahagian dalam kempen dan pemilihan bagi berkongsi pendapat dan komen mereka dengan Najib dan mengetahui tentang sejarah beliau dalam politik.
Dibangunkan oleh Resonate Digital Sdn. Bhd., aplikasi ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Catalan, Perancis, Jerman, Itali, Portugis dan Sepanyol.
Aplikasi Najib Razak boleh dimuat turun melalui Google Play Store (klik sini) dan Apple App Store (klik sini). – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam arahan pembekuan pada 6 Julai kerana ia telah ditutup lebih awal.
Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan dana disalurkan kepada akaun perdana menteri, hari ini berkata dua akaun Najib di bank itu telah ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac 2015.
Bagaimanapun, pasukan petugas khas itu telah memperoleh dokumen bank berkaitan dengan dua akaun itu, menurutnya dalam satu kenyataan.
Arahan pembekuan dikeluarkan pada 6 Julai adalah terhadap enam akaun bank.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Abdul Gani berkata semua dokumen siasatan yang diterima olehnya diberikan oleh pasukan petugas khas itu dan dengan itu tidak timbul isu pejabatnya menggunakan dokumen yang diterbitkan dalam Wall Street Journal atau tempat lain.
Menurut kenyataan itu, pasukan petugas khas menyerbu pejabat 1Malaysia Development Berhad di Menara 1MC di sini semalam (8 Julai), tiba pada 9.40 pagi dan melakukan pemeriksaan di premis itu sehingga 6.45 petang.
“Peguam Negara memaklumkan bahawa pasukan petugas khas itu memperoleh bahan-bahan diperlukan untuk siasatan termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, Buku Minit, penyata-penyata bank dan butiran bank yang lain, penyata-penyata penyelarasan, buku kira-kira, perjanjian perniagaan dan urusan pelaburan, dan fail-fail aktiviti tanggungjawab sosial korporat 1MDB.
“Pasukan itu juga merampas beberapa komputer note book,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR: Tiga ahli Umno Bahagian Maran, Pahang dipecat kerana didapati melanggar disiplin parti dan mempunyai dua keahlian iaitu Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, petang Selasa.
"Pemecatan mereka berkuatkuasa serta merta. Salah seorang daripada mereka dipecat atas kesalahan berceramah di atas pentas PKR, manakala dua lagi didapati bersalah kerana memegang keahlian dalam dua parti berbeza," katanya.
Najib berkata, keputusan Lembaga Disiplin memecat ketiga-tiga mereka telah disahkan oleh Majlis Tertinggi Umno.
Pada sidang media sama, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa MT Umno mahu penekanan khusus diberikan terhadap usaha pembangunan di luar bandar seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Dalam pembentangan Bajet 2015, kerajaan antara lain memperuntukkan RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.
Najib berkata anggota majlis juga menekankan tentang pentingnya pelaksanaan dan pengagihan peruntukan Bajet 2015, supaya ia dapat berjalan dengan sempurna dan lancar.
"Secara umumnya, anggota MT sangat berpuas hati dengan Bajet 2015," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata semua anggota MT juga mengambil maklum bahawa Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera telah dizahirkan secara terbuka sebagai agenda nasional negara semasa pembentangan bajet itu.
Dalam Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat", RM223.4 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata anggota MT mengambil maklum kejayaan pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 September lalu dan akan menjadikannya sebagai contoh bagi meneruskan kecemerlangan BN pada mana-mana PRK.
Najib juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai jentera BN pada PRK tersebut dengan sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PRK Pangkalan Kubor dimenangi calon BN Mat Razi Mat Ail yang menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi.
Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga memaklumkan Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).-mstar
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Us At FB fan page BeritaHangat™. We Will Put Your Banner/Link At This Page.TQ