Bakal Ketua CIA Peluk Islam?

John Brennan

Amerika Syarikat – John Brennan yang dicalonkan oleh Presiden Barack Obama untuk mengetuai CIA, dilaporkan telah memeluk agama Islam ketika beliau bertugas sebagai ketua CIA di Riyadh antara 1996 hingga 1999.
Brennan memeluk Islam di Arab Saudi dan telah melawat Mekah serta Madinah ketika musim haji bersama pegawai kerajaan Arab Saudi.
Perkara itu didedahkan oleh bekas ejen FBI, John Guandolo kepada program radio U.S Trento.
Guandolo yang bersara daripada FBI pada 2008 berkata demikian dalam temubual melalui Skype.
Dia yang dikenali sebagai anti Islam, mendedahkan perkara berkenaan dengan tujuan untuk menyatakan bahawa Brennan tidak layak mengetuai CIA, hanya semata-mata kerana Brennan beragama Islam.
Brennan yang juga seorang veteran CIA pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Penasihat Keselamatan untuk keselamatan dalam negeri dan anti pengganas.
Beliau yang berusia 57 tahun itu, telah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama untuk mengetuai CIA, Isnin lalu.
Brennan akan menggantikan Jeneral David Petraeus, yang bersara susulan skandal hubungan sulit dengan penulis biografinya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penduduk Gempar, Zombie Menyerang

Zombie Menyerang

Amerika Syarikat – Penduduk di Amerika Syarikat gempar selepas sebuah stesyen televisyen, Montana Television Network menyiarkan berita terkini mengenai zombie dan meminta penduduk supaya menjauhi mayat berkenaan.
“Mayat-mayat mula bangkit dari kubur dan menyerang manusia.
“Jangan dekati mayat ini kerana mereka amat berbahaya,’’ demikian amaran yang tertulis dalam stesen televisyen berkenaan.
Selain itu, amaran itu juga menyebut bahawa bekalan elektrik dijangka terputus dan penduduk diminta menggunakan bateri bagi memasang radio.
Kedaan itu nyata mengejutkan orang ramai.
Namun apa yang berlaku ialah akibat tindakan penggodam yang telah memecah masuk ke dalam system Montana Television.
Sekurang-kurangnya empat orang telah terpedaya dengan kejadian itu.
Mereka dilaporkan telah menghubungi polis dan percaya berita tersebut sebagai benar.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Korea Utara Lakukan Ujian Nuklear Paling Kuat

Nuklear

Seoul – Korea Utara semalam mendakwa berjaya melancarkan ujian nuklear paling kuat dengan ‘peralatan kecil’ mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bantahan kuasa besar dunia termasuk sekutu rapatnya, China.
Negara itu berkata, ujian bawah tanah ketiga itu, yang dilakukan walaupun berdepan amaran tegas Majlis Keselamatan PBB, adalah tindak balas kepada apa yang disifatkannya permusuhan Amerika Syarikat.
Sambil menyifatkan ia hanya ‘langkah pertama’ Korea Utara memberi amaran akan melaksanakan tindakan lebih drastik jika dunia terus mengenakan sekatan ke atasnya.
Dakwaan itu mencetuskan kebimbangan bahawa Pyongyang bakal memasang peledak nuklear kepada peluru berpandu balistik miliknya.
Pengesahan daripada agensi berita KCNA dibuat hampir tiga jam selepas layar gempa bumi mengesan gegaran luar biasa di kawasan ujian nuklear Punggye-ri, berhampiran sempadan China.
“Letupan semalam menghasilkan kekuatan antara enam hingga tujuh kilotan,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-Seok, kepada wartawan.
Ia adalah jauh lebih kuat berbanding ujian pada 2006 dan 2009, kedua-duanya menggunakan plutonium.
Bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima pada 1945, menghasilkan kekuatan letupan 15 kilotan.
Presiden Barack Obama mengutuk ujian terbabit dan menggesa tindak balas pantas dan berwibawa, ketika Majlis Keselamatan bersedia mengadakan mesyuarat.
Kecaman turut diterima dari negara lain termasuk Russia manakala Jepun melihat ujian itu sebagai ancaman besar kepada keselamatannya.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mengecam ujian itu hari ini, manakala diplomat berkata Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan kemungkinan menguatkuasakan sekatan baru ke atas Pyongyang. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Amal Sihir Dirotan 100 Kali Di Arab Saudi

Amal Sihir Dirotan 100 Kali

Riyadh – Seorang pekerja domestik dari Sri Lanka kelmarin dijatuhkan hukuman penjara setahun dan 100 sebatan, selepas mengaku bersalah mengamalkan ilmu hitam bersama rakannya di negara ini, lapor akhbar Ada Derana.
Sumber Kedutaan Sri Lanka menyatakan sertuduh, Premanath Pereralalge Thungasiri, bekerja sebagai pemandu di sebuah rumah di Arab Saudi.
Seorang pegawai kedutaan yang bertemu Thungasiri berkata, atas dakwaan mengamalkan ilmu hitam dan melanggar peraturan tempatan dengan bertemu seorang wanita tidak dikenali, Thungasiri ditahan polis di daerah Ummul Hammam.
Laporan menyatakan pada Mei tahun lalu, dalam usahanya untuk menyelesaikan pertelagahan membabitkan seorang pembantu rumah, Thungasiri mengunjungi sebuah rumah lain di Arab Saudi untuk bertemu seorang amah lain yang didakwa sebagai saudaranya.
Polis menahan Tungasiri kerana perbuatannya menemui wanita tidak dikenali menyalahi peraturan di negara itu.
Keluarga Thungasiri, isteri dan dua anaknya, seorang perempuan dan seorang lelaki, tinggal di Padiyatalawa, 200 kilometer dari Colombo.
Thungasiri akan selesai menjalani hukuman penjara Mei tahun ini, menurut seorang pegawai penjara dan ada peluang untuknya dihantar pulang ke negara asal, walaupun sebelum tempoh hukuman berakhir, jika pengampunan diberi lebih awal kerana namanya berada dalam senarai pengampunan.
Kementerian Hal-Ehwal Luar bagaimanapun belum menyerahkan salinan keputusan rasmi ke atas Thungasiri kepada Kedutaan Sri Lanka.
Tungasiri, dalam satu kenyataan kepada kedutaan berkata, warga Arab Saudi yang menjadi penaja kedatangannya tiada kaitan dengan kes itu.
Beliau sudah menyerahkan pasport dan dokumen lain kepada pihak berkuasa penjara untuk urusan penghantaran pulang.
Sebelum ini, seorang wanita Sri Lanka turut ditangkap di Arab Saudi selepas disyaki mengamalkan ilmu hitam selepas didapati merenung seorang kanak-kanak yang memakai gelang hitam di sebuah pusat beli belah. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kereta Api Rempuh Trak Di Jepun

Kereta Api

TOKYO – Sebuah kereta api penumpang tergelincir dan melanggar sebuah trak di sebuah kawasan lintasan di Jepun semalam, kata polis.
Menurut polis, berdasarkan rakaman dan laporan yang diterima, dua gerabak kereta api itu berada di atas platfrom di sebuah stesen kereta api di sini.
Seorang jurucakap polis tempatan mengesahkan kejadian itu dan menyatakan jumlah mangsa yang cedera setakat ini sebanyak 16 orang.
“Sebuah kereta api dan trak bertembung di lintasan dekat stesen Arai di laluan Sanyo di bandar Takasago pada pukul 3.50 petang waktu tempatan,” katanya.
Menurutnya, pemandu kereta api itu cedera parah.
Beliau berkata, pemandu trak itu juga cedera.
“Namun, terdapat kemungkinan jumlah yang cedera akan bertambah. Kami masih tidak tahu sekiranya terdapat mangsa yang mengalami kecederaan serius,” kata jurucakap itu. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jalan Terbaik Hairul Dedah Putus Cinta

Hairul Azreen

PETALING JAYA – Aktor Hairul Azreen menyifatkan pendedahan mengenai keretakan hubungannya dengan aktres Faralyna Idris sebagai jalan terbaik bagi meleraikan teka-teki status sebenar hubungan mereka selama ini.
Pemilik nama sebenar Hairul Azreen Idris, 25, berkata, dia berharap pengakuan itu akan memberikan lebih ruang privasi untuk mereka meneruskan kehidupan dan kerjaya masing-masing selepas ini tanpa terus dihujani persoalan yang sama berulang-kali.
“Saya akui hubungan kami sudah berakhir pada hujung bulan lepas atas persefahaman kedua belah pihak kerana kesilapan saya.
“Perpisahan ini bagus untuk Faralyna juga kerana dia lebih bebas bekerja tanpa terus ditanya mengenai status sebenar hubungan kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.
Aktor yang sedang meningkat naik itu mengakui hubungan yang terjalin selama empat tahun itu terlerai kerana konflik dalaman yang berpunca daripada kesilapannya.
Ditanya mengenai punca sebenar, Hairul berkata, dia tidak dapat berkongsi berkenaan perkara itu kerana ia terlalu peribadi antara dirinya dan Faralyna.
“Minta maaf saya tidak dapat kongsi sebab sebenar, cukuplah saya dan Fara sahaja tahu ceritanya. Saya akui ia kesilapan saya.
“Buat masa ini, biarlah kami hidup dalam ruang sendiri dan fokus pada kerjaya masing-masing. Saya hanya mahu kumpul duit,” katanya.
Hairul berkata, dia juga tidak berani meletakkan sebarang harapan sejauh mana peluang mereka berbaik semula dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
“Ketika berbincang dengan Fara sebelum ini, kami akui harapannya 50-50 untuk kami.
“Kalau ada jodoh, kami akan bersatu dan jika tidak, biarlah kami jalani kehidupan masing-masing.
“Namun, atas segala kebaikannya pada saya selama ini, saya sentiasa ada untuk membantu jika dia kesusahan,” katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Misiku Kuza untuk Astro Ria dalam waktu terdekat. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Britney Cari Jodoh Di Internet

Britney

Los Angeles – Bintang pop Britney Spears mungkin tidak tahan bersendirian dalam tempoh yang lama.
Selepas hubungan cintanya dengan Jason Trawick berakhir, Britney dikhabarkan mencuba nasib dengan mencari jodoh di laman perjodohan di Internet.
“Britney dikatakan mencuba beberapa laman mencari jodoh baru-baru ini. Dia bertemu beberapa lelaki difikirkan sesuai dan hebat lalu mulai berkomunikasi, tetapi tidak mahu pergi lebih jauh setakat ini,” kata satu sumber sebagaimana dipetik daripada Showbizspy, semalam.
Sumber itu berkata, Britney sangat menggemari ‘permainan’ barunya itu. Bagaimanapun, teman penyanyi itu mendakwa dia tidak akan bertindak lebih jauh dengan menentukan tarikh bertemu individu yang dikenalinya di beberapa laman perjodohan terbabit.
“Teman Britney tidak menentang kegiatan barunya itu selagi ia tidak menjarakkan hubungan bintang pop itu dengan keluarganya dan membuatkan dia ingin bertemu dengan kenalannya di laman berkenaan,” kata sumber itu. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ulama Al-Azhar Pilih Mufti Baharu

Ulama Al-Azhar

KAHERAH – Para ulama di Universiti Al-Azhar kelmarin telah melantik seorang mufti baharu kelmarin melalui satu sistem undian yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Seorang profesor perundangan Islam, Shawqi Ibrahim Abdel Karim telah dipilih oleh sebuah majlis yang dianggotai beberapa ulama kanan.
Majlis ulama itu telah menghantar nama Shawqi kepada Presiden Mesir, Mohamed Morsi untuk pengesahan.
Menurut para pengkritik, beberapa mufti sebelum ini dipilih oleh Presiden Mesir.
Mufti sebelum ini, Ali Gomaa, menerima kritikan keras kerana beliau meramalkan bahawa Hosni Mubarak akan dimasukkan ke dalam syurga.
Ali membuat kenyataan itu sebelum Hosni meletakkan jawatan pada Februari 2011. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

4 Terbunuh Kereta Berhias Terbakar Di Brazil

Kereta Berhias Terbakar

SAO PAULO – Empat orang maut awal pagi tadi apabila kereta berhias dalam satu Karnival Perarakan di bandar tenggara Santos di sini mengalami litar pintas dan terbakar, kata pegawai tempatan.
Pejabat Datuk Bandar Santos berkata, tiga daripada mangsa terperangkap di bawah kenderaan berkenaan manakala keempat adalah penonton manakala empat lagi cedera.
Kereta berhias itu milik kelab peminat Santos FC, salah satu pasukan bola sepak terkemuka Brazil.
Pegawai berkata, sekumpulan kanak-kanak dan bekas pemain bola sepak melompat dari kenderaan berkenaan sejurus kebakaran berlaku. – AFP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dijel 80 Bulan Lupus Mayat Wanita

Dijel 80 Bulan Lupus Mayat

AMPANG – Lelaki warga Bangladesh yang melupuskan mayat seorang wanita Indonesia dan anak lelakinya yang dibunuh kejam dan dikerat kepada lebih 15 bahagian, Julai lalu dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mosharof Hossain, 23, selepas tertuduh mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan di dalam bahasa Bangladesh oleh jurubahasa mahkamah.
Wan Karimah juga memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Ogos 2011. Bagi pertuduhan pertama, iaitu melupuskan mayat seorang wanita Indonesia, Siti Sando, 35, dengan niat mahu melindungi individu yang melakukan jenayah itu daripada tindakan undang-undang, tertuduh dihukum penjara 40 bulan manakala baki 40 bulan lagi untuk kesalahan melupuskan mayat anak Siti Sando, Mohd Shukri yang berusia dua tahun.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di nombor 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, dekat sini, antara jam 11.20 pagi pada 29 Julai 2011 dan jam 11 pagi pada 3 Ogos 2011. Bagi kesalahan itu Mosharof didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Mosharof dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas dirinya atas alasan dia membantu menyara keluarga yang miskin di kampung halaman dan berhasrat pulang ke Bangladesh secepat mungkin.
Pada 26 Ogos lalu, tertuduh didakwa kali pertama atas pertuduhan sama sementara dua rakan senegaranya Abd Razak Tofazzalhossain, 29, Mmd Ripon Mondal Kundabosos, 26, didakwa atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa. – myMetro Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Datuk Dr Haron Din Sah Bertanding

Datuk Dr Haron Din

KANGAR – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
“Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,” katanya.
Ditanya kerusi mana yang ditawarkan kepada Haron, Hashim berkata, besar kemungkinan tokoh nombor dua dalam Majlis Syura Ulama Pas itu akan kembali merebut kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu di Parlimen Arau.
Kerusi itu kini disandang Datuk Ismail Kassim yang menewaskan Haron pada PRU12 dengan majoriti 300 undi. Ismail mendapat 16,451 undi manakala Haron, 16,151.
Hashim berkata, beliau mengumumkan perkara itu kerana ada desas-desus kononnya Haron tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya disebabkan masalah kesihatan.
“Tidak ada ura-ura beliau akan berundur atas sebab masalah kesihatan. Beliau yang saya kenali seorang yang cekal sebagai pejuang dalam politik yang akan berjuang hingga ke akhir hayat,” katanya.
Haron, anak jati Bohor Mali, di sini, kali pertama bertanding pilihan raya pada 2004 untuk kerusi Parlimen Arau yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN) dengan perbezaan undi 3,243.
Hashim turut menyangkal kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang yakin BN akan mencatat kemenangan 100 peratus di negeri itu pada PRU13. Selain mengekalkan tiga kerusi parlimen, Md Isa berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali dua kerusi Dun iaitu Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas.
“Setiap kali PRU kenyataan sama dikeluarkan, namun hakikatnya tidak berlaku. Saya sudah tiga penggal jadi Adun Sanglang, ini terbukti sampai sekarang pun mereka gagal sapu bersih semua kerusi,” katanya.
Hashim yang lebih 21 tahun menjadi pemimpin utama Pas Perlis berkata, pihaknya menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Pakatan Rakyat (PR) Perlis.
“Saya jangkakan PRU13 kali ini akan menunjukkan perubahan lebih baik. Malah sokongan bukan Islam kini meningkat setelah mereka bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada,” katanya.
Dun Perlis terdiri daripada 15 kawasan Dun dan tiga kawasan Parlimen. Pada PRU 2008, BN menang 13 kerusi Dun dan Pas (2), manakala kerusi Parlimen disapu bersih BN. –Sinar Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mati Akibat Ketagih Air Berkarbonat

Ketagih Air Berkarbonat

Auckland – Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu kilogram gula.
Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran bernafas.
Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.
Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung kepada minuman berkarbonat itu.
“Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.
Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Harris merosot.
“Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa. Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya.
Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya menjadi satu ketagihan.
“Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

SPR Sudah Siap Sedia Untuk PRU-13

SPR

PETALING JAYA – Dengan setiap keperluan pada senarai semakan telah dilaksanakan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini bersedia bertindak serta-merta selepas Parlimen dibubarkan dengan semua perubahan yang diguna pakai untuk pilihan raya akan datang di negara ini.
SPR telah melatih 240,000 kakitangan, yang ditetapkan di 8,000 pusat mengundi, memperoleh 50,000 undi kotak telus, menempah 50 pesawat dan 10,000 kenderaan, menempah 230,000 botol dakwat kekal dan membeli kira-kira 100,000 pen mata bola.
Penggunaan pen dibuat dan bukan lagi pensel (untuk menandakan kertas undi) dan dakwat kekal adalah antara perubahan yang akan diperkenalkan pada pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sejumlah RM400 juta telah diperuntukkan untuk pilihan raya, yang aman sebahagian besar daripada (RM78 juta) akan dibelanjakan di Sarawak.
“Bagi Sarawak sahaja, kita perlu mendapatkan 27 helikopter, dua pesawat ringan, 56 bot laju, 780 bot dan 4819 pacuan empat roda dan kenderaan lain,” katanya.
Wan Ahmad berkata, SPR cukup bersedia untuk pilihan raya sejak tahun lalu kerana ia telah memuktamadkan logistik, menetapkan peralatan yang diperlukan, dan melatih kakitangannya.
“Kami masih mempunyai banyak masa untuk menghalusinya kerana kita mempunyai 60 hari untuk menjelang pilihan raya selepas pembubaran Parlimen,” katanya.
Spekulasi hangat diperkatakan bahawa Parlimen boleh dibubarkan seawal bulan ini.
Jika pilihan raya akan diumumkan tidak lama lagi, pengundian kemungkinan besar akan menjadi lima hari sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (Lima) 2013, yang dijadualkan bermula pada 26 Mac.
Bagaimanapun, sesetengah pemerhati politik percaya bahawa Parlimen hanya akan dibubarkan selepas Lima.
Walaupun permainan meneka tarikh pembubaran berterusan, SPR tetap meneruskan persiapannya.
“Kami mempunyai masa tambahan sekarang untuk melakukan beberapa lagi taklimat untuk pegawai-pegawai pilihan raya peringkat atasan untuk memastikan kelancaran proses pilihan raya,” kata Wan Ahmad.
Selain taklimat, Wan Ahmad berkata, SPR telah melatih 25.000 pegawai untuk mempengerusikan mesyuarat, kerani mengundi, kerani perakaunan dan pegawai kakitangan yang membantu pegawai yang datang dari pusat pencalonan dan pengundian.
Beliau juga berkata, pegawai SPR akan “berkampung” di Pencetakan Nasional Bhd cawangan di seluruh negara untuk memeriksa semua kertas undi yang dicetak.
“Langkah kawalan kualiti ini adalah penting untuk memastikan bahawa setiap undi kertas bersih dan bebas daripada memburuk-burukkan mana-mana pihak,” katanya.
Beliau berkata, seramai 13.3 juta rakyat Malaysia layak mengundi sekiranya pilihan raya akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau menambah, 3.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi.
“Mereka yang mendaftar dalam suku pertama tahun ini hanya boleh mempunyai peluang untuk mengundi sekiranya ia diumumkan pada Jun,” katanya.
Wan Ahmad berkata, pilihan raya akan berjalan lancar selagi mereka dengan kepentingan politik mematuhi mengikut peraturan dan menghormati polis.
Beliau berkata, proses pilihan raya di Malaysia adalah cekap, dengan keputusan yang diketahui dalam beberapa jam selepas pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang.
“Di negara-negara tertentu seperti Indonesia, keputusan di beberapa bahagian hanya akan diketahui sebulan kemudian,” katanya. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sharnaaz Nekad Putuskan Hubungan Dengan Shila

Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz nekad membuat keputusan mahu melupakan terus cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon filem Juvana itu turut enggan dikaitkan lagi dengan keluarga bekas kekasihnya
“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya.
Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.
Tambah Sharnaaz, sikap yang diambil ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego sehingga tidak memberi ruang pada Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri.
“Biarkanlah kalau dia mahu terus begitu. Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini,” tegasnya.
Isnin lalu, ND Lala telah melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan bakal mengadakan sidang akhbar khas tidak lama lagi.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube. – mStar Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Maya Karin Bermuay Thai Di Phuket

Maya Karin

Pelakon dan penyanyi cantik, Maya Karin memang amat dikenali dengan seorang yang mempunyai gaya kehidupan yang ‘adventurer’.
Ada saja aktiviti lasak yang akan dilakukannya seperti memanjat gunung, mengembara seorang diri dan mempelajari pelbagai seni mempertahankan diri.
Terbaru, Maya Karin beraksi dalam sukan Muay Thai di Phuket, Thailand.
Ini kerana dia sedang dalam pengambaran filem Sejoli arahan Osman Ali.
Jika sebelum ini Maya dikenali dengan pelakon yang sering melakonkan watak-watak wanita bersopan-santun seperti dalam Ombak Rindu, kali ini ia agak berbeza.
Malah, dalam filem Sejoli ini nanti Maya akan mengenakan misai!
Lihat saja gambar-gambar di bawah ini.
Walaupun sedang beraksi Muay Thai, Maya tetap kelihatan cantik. Tak gitu?
2
3
4
5
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pasangan OKU Dicekup Khal what

Pasangan OKU

MELAKA – Anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang terpaksa bertindak memecah masuk bilik sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, dekat sini terkejut apabila mendapati bilik tersebut dihuni pasangan orang kurang upaya (OKU) bisu dan cacat pendengaran.
Difahamkan, anggota penguatkuasa terpaksa memecah pintu selepas bilik yang disyaki didiami pasangan berkhalwat tidak memberi sebarang respon selepas diketuk anggota Jaim, selama hampir 20 minit.
Dalam kejadian kira-kira 2.15 pagi itu, pihak Jaim terlebih dahulu meminta kunci pendua daripada pemilik premis selepas menunggu 15 minit untuk membuat pemeriksaan, namun gagal berikutan masih terkunci dari dalam.
Akibatnya, penguatkuasa Jaim terpaksa memecah masuk bilik tersebut sebelum menemui pasangan OKU berkenaan, kedua-duanya berusia 20 tahun sedang tidur atas katil.
Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut selepas pemeriksaan awal mendapati pasangan yang menggunakan bahasa isyarat itu bukan muhrim dan tiada ikatan sah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, pasangan tersebut antara 15 individu termasuk empat warga asing berusia 20 hingga 29 tahun yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis tentera.
“Serbuan yang dijalankan di dua hotel bajet berasingan di sekitar bandaraya ini membabitkan penahanan lapan lelaki dan tujuh wanita termasuk satu pasangan OKU serta warga asing.
“Ia turut merangkumi tiga lelaki dan dua wanita yang didapati berada di dalam sebuah bilik hotel terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Rahimin berkata, kesemua ditahan termasuk warga Indonesia dan Nepal itu bagi membantu siasatan selepas didapati melakukan kesalahan berkurung yang mendatangkan syak di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Sementara itu, Rahimin turut meminta orang ramai terutama remaja Islam tidak meraikan sambutan Hari Valentine esok yang telah difatwakan haram di negeri ini. - Sinar Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Amboi ‘Lentiknya’ Nora Danish…

nora

Baru-baru ini syarikat perfileman terkenal, MIG, mengadakan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di pejabat mereka.
Ramailah pelakon MIG yang hadir.
Paling best mereka siap dapat ‘angpau’ daripada taukeh syarikat itu, siapa lagi kalau bukan David Teo.
Dalam ramai-ramai yang hadir, seperti biasa Nora Danish pasti menjadi tumpuan.
Kecantikan Nora memang terserlah, apatah lagi bila dia mengenakan pakaian warna merahnya pada hari itu.
‘Melentik’ wa cakap lu….
noradanishbontotmantap1
norada
noradanishbontotmantap3


sumber

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pertunangan Fizz Fairuz, Almy Nadia ‘Buka Mulut’

Pertunangan Fizz Fairuz:" Siapa Yang Bertunang, Dan Siapa Yang Ada Orang Lain," Kata Almy

Semalam, kita dikejutkan dengan pertunangan pelakon, Fizz Fairuz bersama seorang gadis dari Kuantan, Pahang.
Wanita berkenaan adalah Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Reen.
Ini kerana, sebelum ini semua orang mengetahui yang pelakon cantik, Almy Nadia adalah kekasih kepada Fizz.
Namun, sejak beberapa bulan lalu dikatakan hubungan mereka renggang dan apabila diajukan mengenai hala tuju perhubungan mereka, tiada siapa di antara mereka yang dapat memberikan satu gambaran khusus.
110120101418
Sama ada mereka masih bercinta atau sebaliknya.
Oleh sebab itu apabila mendapat tahu yang Fizz Fairuz sudah bertunang dan gadis berkenaan bukanlah Almy Nadia, ramai yang terkejut.
Memetik laporan Harian Metro, hari ini, Almy memberitahu tidak ada apa yang dapat menggambarkan tentang pertunangan Fizz dan wanita itu.
Berikut merupakan petikan dari kata-kata Almy.
“Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu. Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.
“Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah,” katanya.
Tambah Almy dia enggan membuka mulut selagi Fizz tidak memberi sebarang kenyataan.
“Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
“Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
“Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,” jelasnya.
Almy turut menambah buat masa ini dia hanya mahu mendiam diri, tiada sesiapa pun yang dapat memahami perasaannya selain Allah SWT.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela

Gambar Majlis Pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela

Boleh tahan cantiknya tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.
Buat yang belum tahu, majlis pertunangan Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal telah berlangsung di Beserah, Kuantan pada 10 Februari lepas.
Difahamkan beberapa orang selebriti telah hadir ke majlis pertunangan ini, antaranya Usop Wilcha.
Kredit gambar Amy Qaseh. (Beautifulnara.com)
tunangfizz02
tunangfizz03
tunangfizz07



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pengetua Kantoi Seks Dengan 18 Pelajar

pengetua kantoi

Beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet.
Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.
Individu yang memuat naik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta).
Biro aduan pendidikan tempatan telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story