Mati Akibat Ketagih Air Berkarbonat

Ketagih Air Berkarbonat

Auckland – Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu kilogram gula.
Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran bernafas.
Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.
Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung kepada minuman berkarbonat itu.
“Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.
Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Harris merosot.
“Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa. Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya.
Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya menjadi satu ketagihan.
“Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story