Los Angeles – Bintang pop Britney Spears mungkin tidak tahan bersendirian dalam tempoh yang lama.
Selepas hubungan cintanya dengan Jason Trawick berakhir, Britney dikhabarkan mencuba nasib dengan mencari jodoh di laman perjodohan di Internet.
“Britney dikatakan mencuba beberapa laman mencari jodoh baru-baru ini. Dia bertemu beberapa lelaki difikirkan sesuai dan hebat lalu mulai berkomunikasi, tetapi tidak mahu pergi lebih jauh setakat ini,” kata satu sumber sebagaimana dipetik daripada Showbizspy, semalam.
Sumber itu berkata, Britney sangat menggemari ‘permainan’ barunya itu. Bagaimanapun, teman penyanyi itu mendakwa dia tidak akan bertindak lebih jauh dengan menentukan tarikh bertemu individu yang dikenalinya di beberapa laman perjodohan terbabit.
“Teman Britney tidak menentang kegiatan barunya itu selagi ia tidak menjarakkan hubungan bintang pop itu dengan keluarganya dan membuatkan dia ingin bertemu dengan kenalannya di laman berkenaan,” kata sumber itu. – Agensi
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment