Penduduk Terus Diingatkan Jauhi Kawasan Operasi

Penduduk Terus Diingatkan Jauhi Kawasan Operasi

KUALA LUMPUR – Penduduk di Lahad Datu, Sabah terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
“Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan memasuk atau menghampiri kawasan terlibat ini.
“Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran. Sama-samalah kita membantu pasukan keselamatan memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan,” katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi Ahad.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh setakat ini dalam operasi itu.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna sehari selepas itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tuntutan Ke Atas Sabah Kerja Sia-Sia: Syed Hamid

Tuntutan Ke Atas Sabah kerja Sia-sia: Syed Hamid

KUALA LUMPUR – Hasrat mana-mana individu atau kumpulan untuk menuntut Sabah hanya kerja sia-sia dan tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, kata bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Tidak ada individu, kumpulan mahupun negara sekalipun yang boleh menuntut Sabah. Tuntutan ke atas Sabah memang tidak ada kes.

“Dunia sudah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia,” kata Syed Hamid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata, perkembangan dan rentetan sejarah jelas menunjukkan Sultan Sulu terdahulu sudah melepaskan hak ke atas Sabah.

Justeru, katanya tindakan kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Lahat Datu Sabah baru-baru ini tidak mendatangkan sebarang manfaat melainkan berhadapan dengan pihak keselamatan Malaysia dan didakwa di mahkamah.

Tambah Syed Hamid ketika beliau adalah Menteri Luar, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah menolak tuntutan Filipina ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di perairan Sabah dan menyifatkan tuntutan itu tidak ada asas ketika memutuskan kedua-dua pulau itu milik Malaysia pada Disember 2002.

“Ketika itu Malaysia membawa tuntutan bertindih bersama Indonesia berhubung Pulau Sipadan dan Ligitan yang terletak di perairan Sabah ke ICJ. Filipina turut cuba membuat tuntutan.

“Kalau Filipina mempunyai asas untuk membuat tuntutan, sudah tentu ICJ akan membenarkan Filipina menjadi pihak ketiga dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dan Indonesia pada masa itu,” kata beliau kepada Bernama.

Katanya, kedudukan Sabah dalam Malaysia tidak perlu dipersoal lagi dan bayaran wang penyerahan kira-kira RM5,300 setiap tahun kepada waris kesultanan Sulu sehingga ke hari ini bukanlah wang sewa.

“Tindakan menyifatkan wang cession (penyerahan) berkenaan sebagai wang sewa hanya bertujuan mengelirukan masyarakat,” katanya.

Mengenai tanggapan banyak pihak kononnya jumlah masyarakat berketurunan Sulu yang banyak di Sabah akan menyebabkan isu pencerobohan itu sukar diselesaikan, Syed Hamid menolak tanggapan itu.

“Banyak negara yang mempunyai warganegara berketurunan dari negara asing. Amerika Syarikat misalnya mempunyai banyak rakyat berketurunan Jerman dan Poland.

“Soal dari mana kita berasal tidak lagi menjadi isu. Ketaatan kaum berketurunan Sulu di Sabah tidak perlu dipersoal lagi kerana mereka sudah menjadi warganegara Malaysia,” katanya.

Mengenai tindakan menceroboh Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu, Syed Hamid yang kini Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berpendapat kumpulan itu mungkin dipengaruhi golongan tertentu.

“Kerajaan perlu menyiasat perkara ini secara terperinci. Mungkin ada pihak yang mengapi-apikan penceroboh sehingga sekumpulan warga asing berkenaan begitu berani memberontak dan mencetuskan keganasan di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

85 Ditahan Bantu Siasatan Pengganas Sulu

85 Ditahan Bantu Siasatan Pengganas Sulu

LAHAD DATU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata sehingga kini seramai 85 orang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pengganas Sulu di negeri itu.
Menurutnya enam lagi suspek ditahan pada Sabtu.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Rang Undang-undang kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) 2012.
Hamza berkata demikian menerusi sidang media pada Ahad. – mStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Siapa Sebenarnya Yang Takut Hadapi PRU13?

Siapa Sebenarnya Yang Takut Hadapi PRU13?

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan merapu apabila mendakwa Perdana Menteri takut untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau membuat tohmahan itu kerana Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membubarkan Parlimen meskipun Parlimen boleh terbubar secara automatik tidak lama lagi.
Tuduhan beliau melalui satu kenyataan hari ini ternyata tidak berasas kerana Najib sebelum ini pernah menegaskan bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat apabila semua pihak telah bersedia.
“Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia…sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional),” kata Najib baru-baru ini.
Ramai pihak juga melihat tohmahan Kit Siang terhadap Perdana Menteri itu sebenarnya cuba menyembunyikan keresahan diri sendiri.
Ia kerana Kit Siang sebelum ini pernah mengakui bahawa keputusan PRU13 sukar untuk diramalkan oleh mana-mana pihak.
Atas sebab itu beliau telah meminta supaya pemimpin, ahli dan penyokong pakatan pembangkang tidak berasa terlalu yakin akan memenangi PRU13.
“Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya. Tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang,” katanya melalui satu kenyataan pada 13 Februari lalu.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kelebihan Dan Cara Membedong Bayi

Kelebihan Dan Cara Membedong Bayi

Membedong merupakan istilah yang sering digunakan untuk ‘membungkus’ bayi dengan kain. Kain yang digunakan pun biasa disebut dengan kain bedong.
Antara kelebihan membedong bayi:
1. Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.
2. Membantu bayi anda untuk tetap hangat, terutamanya pada hari-hari pertama dalam kehidupannya.
3. Membantu menenangkan bayi anda.
Ketika bayi anda dibedong, dia akan rasa hangat dan selesa. Bedong juga berguna untuk menenangkan si kecil ketika dia menerima rangsangan yang berlebihan.
*Jika kelahiran bayi anda disambut oleh bidan ataupun anda bersalin di hospital, biasanya sebelum pulang ke rumah, mereka akan ajarkan cara-cara untuk membedong bayi.
Antara cara-cara untuk membedong bayi adalah seperti gambar ini:
cara bedong bayi
Sumber: busuk.org


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hubungan Miley-Liam Berantakkan?

Hubungan Miley-Liam Berantakkan?

Hubungan pasangan glamor Hollywood, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dilaporkan semakin berantakkan sejak kebelakangan ini.
Ini dikuatkan lagi dengan perkhabaran Liam telah terbang ke kampung halaman di Australia untuk merehatkan diri daripada tunangnya itu.
Liam yang juga merupakan adik kepada pelakon Thor, Chris Hemswroth dikatakan berlepas ke sana sejak minggu lalu dan dia memberikan alasan untuk melawat abangnya yang tinggal di sana.
Sebelum ini, Miley yang terkenal dengan watak Hannah Montana dilihat sudah tidak menyarungkan lagi cincin pertunangan mereka.
Pasangan penyanyi dan pelakon itu telah mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.
Mungkinkah benar pasangan ini sedang dilanda krisis pada ketika ini?
Hanya tuan punya badan yang tahu kebenarannya.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fatehah Mustafa Raih Pingat Gangsa Pecut 500m

Fatehah Mustafa Raih Pingat Gangsa Acara Pecut 500m

KUALA LUMPUR – Pelumba pecut wanita negara Fatehah Mustafa meraih pingat gangsa dalam acara pecut 500m individu wanita pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2013 (ACC 2013) di New Delhi, India hari ini.
Pelumba dari Terengganu itu menamatkan perlumbaannya dengan memecahkan rekod kebangsaan di Velodrom Basikal Kompleks Sukan Indira Ghandi melalui catatan masa 35.581 saat.
Pingat emas acara tersebut milik pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze dengan catatan masa 34.310s.
Fatehah berkata beliau gembira kerana catatan yang dilakukannya memperbaharui rekod kebangsaan selain berupaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya pada ACC tahun lepas di Kuala Lumpur.
“Saya akan cuba untuk terus memperbaiki catatan masa yang dilakukan pada masa akan datang,” katanya dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini.
Ketua Jurulatih negara John Beasley yang turut dipetik dalam kenyataan itu berkeyakinan pelumba itu berupaya untuk ‘mencantas’ lagi masa tersebut.
“Saya percaya Fatehah akan terus memperbaiki catatan masa tersebut. Malah, saya pun agak terperanjat apabila Fatehah boleh menghampiri catatan masa pelumba Hong Kong itu,” katanya.
Sementara itu, pelumba pecut lelaki negara Josiah Ng membuktikan kehebatan apabila berjaya menewaskan seteru senegara Mohd Azizulhasni Awang sekaligus menempah tiket ke separuh akhir acara pecut 200 meter individu lelaki.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 itu akan berdepan pelumba Korea Selatan, Choi Lae Seon yang telah mengejutkan jagoan China, Tang Qi.- BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Rihanna Tampil Jadi Pereka Jeans

Rihanna Tampil Jadi Pereka Jeans

Penyanyi yang kini sedang meniti hari-hari bahagianya dengan kekasih, Chris Brown kini sudah boleh digelar sebagai pereka fesyen oleh para peminatnya.
Ini berikutan dia telah tampil dengan rekaan jeans dwiwarna yang dilihat mampu memberi fenomena baru kepada pemakaian jeans.
Penghasilan jeans yang diilhamkannya itu adalah hasil kerjasama penyanyi Diamond ini untuk jenama River Island.
Adakah jeans ciptaan penyanyi terkenal ini mampu menarik hati anda untuk mencubanya?
RIHANNA JEANS
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mungkinkah Rabu Ini YDP Agong Perkenan Bubar Parlimen?

Mungkinkah Rabu Ini YDP Agong Perkenan Bubar Parlimen?

Rabu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadap Yang Dipertuan Agong.
Ia adalah formaliti biasa yang dilakukan yakni sebelum mesyuarat Kabinet dilangsungkan.
Secara umum, Perdana Menteri akan memaklumkan kepada Baginda mengenai apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan perkara-perkara yang mungkin diluluskan.
Dengan pembubaran Parlimen dikatakan pasti dilakukan bulan ini dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan depan, dan Dewan Undangan Negeri Johor terbubar secara otomatik pada 21 Mac, maka ada kebarangkalian Najib akan mendapatkan sekali perkenan Agung untuk membubarkan Parlimen.
Belum pasti namun kemungkinan itu ada. Alang-alang sudah mengadap dalam tempoh yang dekat, mohon terus perkenan baginda…senang.
Ikut Perlembagaan…masa untuk pembubaran semakin hampir…walaupun ada serangan pengganas di Sabah…namun proses ini terpaksa juga diteruskan.
Namun tidak semestinya pembubaran itu akan diumumkan hari itu juga jika mendapat perkenan pun.
Perdana Menteri boleh umum dalam tempoh seminggu dari tarikh dapat perkenan.
Justeru, sudah pasti timbul persoalan akan bilakah Parlimen akan dibubarkan.
Kalau mahu keberkatan Jumaat, barangkali 15 Mac tarikh yang terbaik.
Perdana Menteri dijadual akan ke Kelantan pada sebelah pagi…mungkin lepas sembahyang Jumaat pada sebelah petang pembubaran boleh diumumkan.
Jangan terperanjat kalau pembubaran dilakukan pada 22 Mac…hari Jumaat juga tetapi minggu berikutnya…sehari selepas Johor terbubar secara otomatik.
Kalau beza sehari, pilihan raya masih tetap boleh dilakukan secara serentak.
Apa pun…yang pasti pembubaran sudah sangat dekat…untuk pilihan raya umum yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.
Kurang dari 2 minggu sahaja lagi Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU13.
Debaran semakin dirasa…


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Polis Tembak Mati Remaja Ceroboh Zon Larangan

Gempar: Kanak-Kanak 12 Tahun, Lelaki Mati Akibat Silap Tembakan

LAHAD DATU – Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 ke 15 tahun maut ditembak  manakala seorang lelaki berusia 30 tahun cedera ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu pagi ini.
Pasukan keselamatan ketika kejadian sedang memeriksa sekumpulan orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas sebelum berlaku pergerakan yang mencurigakan hingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media petang ini.
Kampung Sungai Bilis merupakan kawasan zon merah ketika ini.
Mynewshub.my difahamkan, pasukan keselamatan mengambil langkah lebih berhati-hati selepas lapan anggota polis maut dalam dua serang hendap berasingan iaitu enam di Semporna dan dua di Kampung Tanduo.
Berikut adalah kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai insiden tersebut.
Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi.
Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya.
Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.
Pada jam 9:45 pagi tadi, sewaktu pasukan keselamatan sedang bergerak menjejaki pengganas di kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis, tiba-tiba muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar. Kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa.
Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan, pada masa yang sama tembakan telah dilepaskan setelah situasi tersebut dilihat membahayakan pasukan keselamatan.
Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.
Semua tangkapan, lelaki yang cedera dan mayat tersebut telah berjaya dibawa keluar.
Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012.
Sementara itu di Semporna, pasukan polis terus menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap pengganas yang terlibat dalam insiden di Kampung Simunul. Pada jam 6:30 pagi ini pasukan polis telah menjalankan satu serbuan di Kampung Perigi, Semporna. Dalam serbuan ini seramai 4 lelaki dewasa telah ditangkap.
Pada jam 8:50 pagi, satu pasukan polis yang lain telah membuat serbuan di kawasan lapang di Batu 1.5, Jalan Semporna – Tawau, Semporna. Di sini, dua orang lelaki dewasa telah berjaya ditangkap.
Kesemua enam orang tangkapan ini kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ritual Tidur Dalam Keranda Selama 2 Minit

Ritual Tidur Dalam Keranda

Ya, mati hidup semula.
Tetapi ini hanyalah ritual penganut agama Buddha di Kuil Wat Prommanee, Thailand.
Lagi menarik, sembilan keranda yang berwarna-warni itu disusun bagi menjayakan upacara ini.
Malah, ritual yang sudah berusia 6 tahun ini masih diamalkan sehingga kini.
Penduduk akan berpusu-pusu ke Kuil Wat Prommanee untuk berbaring selama 2 minit di dalam keranda sambil tok sami membaca “khutbah”.
Selepas itu, mereka akan bangkit daripada keranda. Ini merupakan simbolik kepada kebangkitan si mati di alam sana.
Lihat gambar sekitar upacara ini..
2
3
Sumber: dairishare.blogspot.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PNM Pelihara 4,600 Manuskrip Melayu Lama

PNM

KUALA LUMPUR – Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai kira-kira 4,600 manuskrip Melayu lama sehingga hari ini.
Timbalan Pengarah PNM Nasimah Badaruddin berkata, manuskrip itu termasuk Taj as-Salatin, Mahkota Raja, Syair Siti Zubaidah Perang Cina dan Bustan as-Salatin serta beberapa karya lain yang bernilai tinggi.
“Kita mempunyai hasil karya yang tidak ternilai harganya terutama daripada genre penting seperti agama, sejarah, perubatan tradisional dan pemikiran para pemimpin terdahulu.
“Oleh itu Kita berharap masyarakat yang mempunyai manuskrip lama menyerahkan atau memberi maklumat mengenainya kepada kami untuk dikaji serta dipulihara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Warisan Manuskrip Melayu di Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nasimah berkata, manuskrip atau naskhah lama itu penting bagi memberi maklumat kepada generasi muda tentang nilai estetika dan seni yang terkandung di dalamnya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan mana-mana manuskrip yang diterima akan disahkan ketulenannya sebelum menjalani proses pembaikan dan dokumentasi di PNM.
Jelas beliau, tempoh pemuliharaan sesebuah manuskrip bergantung kepada tahap kerosakannya seperti Hikayat Hang Tuah setebal 1,000 helaian yang mengambil masa setahun setengah untuk dipulihkan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dina Nadzir Kini Boleh Memakai Jeans

Dina Nadzir

KUALA LUMPUR – Semangat dan kesungguhan berkobar-kobar panyampai radio Dina Nadzir dalam mendapatkan berat badan yang ideal ternyata membuahkan hasil apabila Dina kini mampu tersenyum gembira bila berat badannya berjaya mencapai keputusan yang amat menakjubkan.
“Sejak memulakan sesi program kecergasan serta kesihatan bersama Celebrity Fitness dan makanan tambahan Horleys pada hujung Oktober lalu, berat badan saya berjaya turun sebanyak lebih 10 kilogram.
“Ia sesuatu yang amat menakjubkan dan saya rasa begitu teruja kerana saya kini boleh memakai seluar jeans. Semestinya saya rasa sangat gembira dengan perubahan ini memandangkan selama ini saya tidak berpeluang memakai jeans kerana tidak mempunyai saiz,” katanya yang dipetik dari Gua.com.my, hari ini.
Tambah Dina, paling ketara gaya hidup serta mentalitinya juga sudah berubah.
“Jika sebelum ini dia mengalami masalah tidur, kini tidak lagi apabila dia dapat tidur dengan nyenak tanpa sebarang masalah.
“Program ini juga banyak membantu dari segi karier seni saya di mana jika sebelum ini saya mengalami masalah cepat penat ketika membuat persembahan pentas, namun kini saya dapat menyanyi tanpa semput langsung dalam tempoh setengah jam,” ujar Dina.
Dina NadzirDina Nadzir 1
Dina Nadzir 2
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PRU-13: 40 % Calon PAS Golongan Muda

Calon PAS Golongan Muda

KUALA LUMPUR – PAS akan membariskan kira-kira 40 peratus calon daripada golongan muda pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan A Tantawi.
Beliau berkata perkara itu telahpun dipersetujui dan nama calon berkenaan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimah dan Ulama dihantar kepada PAS Pusat.
“Buat masa ini, persiapan kami (jentera pemuda) mencapai 99 peratus dan calon daripada golongan muda telahpun dikenal pasti dan berkhidmat di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Nasrudin berkata Pemuda PAS berpendirian pilihan raya umum tidak perlu ditangguhkan berikutan insiden pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu.
“Ini sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan bahawa keadaan di sana (Lahad Datu) adakah terkawal dan baik…jadi kita minta supaya ini tidak dijadikan sebagai alasan untuk menangguh PRU,” katanya. -BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hanya Sebahagian Mayat Dapat Dikeluarkan: KPN

Tan Sri Ismail Omar

LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pasukan forensik polis hanya dapat membawa keluar sebahagian mayat pengganas Sulu daripada Kampung Tanduo, dekat sini kerana masih ada musuh berada berhampiran.
Dipercayai ia adalah mayat ditemui pasukan keselamatan, Rabu lalu. – Berita Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati, Jumlah Meningkat Kepada 53 Orang – KPN

Lagi Pengganas Sulu Ditembak Mati, Jumlah Meningat Kepada 53 Orang - KPN

LAHAD DATU – Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.
Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.
Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
“Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung,” katanya.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo. – Mstar.com.my
Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
“Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti,” katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

‘Tali Barut’ Terlibat Dalam Pembunuhan Pegawai Dan Anggota Polis Di Semporna?

208591_10151275337095766_1020439423_n

Masih ingatkah kejadian Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna?
Mungkin kita boleh imbas kembali apa yang berlaku.
Seorang pegawai dan lima anggota polis telah terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu ketika itu.
Kejadian di perkampungan atas air tersebut turut menyebabkan enam orang dipercayai anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kejadian tercetus kira-kira pukul 6.30 petang ketika 25 orang polis mengadakan pemeriksaan di kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata.
Sepasukan 25 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kemudian telah melakukan pemeriksaan ke kampung berkenaan yang mempunyai kira-kira 300 buah rumah.
Bagaimanapun, sebaik tiba di kampung tersebut, kumpulan bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan penceroboh Sulu terbabit menyerang hendap pasukan berkenaan dengan melepaskan tembakan.
Pasukan kita telah diserang dan ditembak oleh kumpulan terbabit sehingga mengorbankan seorang pegawai dan lima anggota.
Anggota polis itu ditembak ketika mereka sedang menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Pihak polis kemudian telah mengerahkan pasukan bantuan ke kampung tersebut untuk membantu baki 19 orang anggota yang terperangkap di situ.
Operasi pasukan bantuan tersebut selama hampir 24 jam yang berakhir pada pukul 6.30 petang berjaya menyelamatkan 19 anggota terbabit dan mengeluarkan mayat semua anggota polis serta enam anggota kumpulan pengganas.
Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
Difahamkan ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.
Ya kejam, cukup kejam!
Menurut sumber yang kami terima, kejadian sadis itu tidak dapat tidak, tak banyak sedikit, adalah ‘hasil’ daripada perbuatan tali barut mereka yang menyokong dan bersimpati dengan penceroboh-penceroboh berkenaan.
Apa itu tali barut?
Secara mudahnya, tali barut membawa maksud orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak musuh.
Kejadian di Jaya Simunul itu contohnya, pegawai dan anggota polis yang masuk ke kawasan berkenaan bukannya calang-calang, malah ada yang berpangkat Supritendan dan telah berkhidmat lebih pada 20 tahun dalam PDRM.
Majoriti mereka pula dari Cawangan Khas (SB), cawangan yang cukup terkenal dengan pergerakannya yang penuh taktikal dan kaya dengan muslihat.
Masakan mereka tidak mengkaji atau mengambil mudah sewaktu menyelinap masuk ke kampung berkenaan.
Namun sayang, ternyata ada yang sanggup menjadi tali barut hingga menyebabkan pergerakan polis berjaya dihidu.
Tali barut yang dimaksudkan itu boleh jadi orang dalam, boleh jadi penduduk kampung atau sesiapa sahaja!
Bukan hendak menunding atau menuduh sesiapa tetapi mahu tidak mahu, kita kena menerima hakikat wujudnya pembelot atau tali barut dalam insiden di Semporna ini khususnya, dan di negeri Sabah amnya.
Mereka inilah yang paling bahaya sebenarnya, mereka mungkin bukan di kalangan penceroboh yang bersenjata, tetapi dengan sebuah telefon bimbit sebagai contoh, sudah cukup untuk tali barut ini menyalurkan maklumat mengenai pergerakan lawan.
Setakat ini kita bersyukur kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah menafikan kewujudan pembelot di kalangan pegawai dan anggota keselamatan.
Jadi tumpuan perlu diarahkan untuk mengesan dan menangkap mereka yang menjadi pembelot atau tali barut di kalangan kita atau pendatang asing di sana.
Semoga kita mengambil iktibar daripada tragedi ini…sejarah Melaka sendiri telah membuktikan, kegemilangannya musnah disebabkan tali barut dan mereka yang bertindak bagai gunting dalam lipatan.
Tak mustahil ia berlaku lagi dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ini.
Jangan lupa hakikat itu!sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kerajaan Tak Pernah Arah Anggota Keselamatan Bersandiwara – PM

Kerajaan Tak Pernah Arah Anggota Keselamatan Bersandiwara - PM

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara.
Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.
“Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati?
“Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu,” katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini.
Kira-kira 20,000 penduduk di sekitar Melaka menghadiri majlis perasmian menara setinggi 21 tingkat yang dibina dengan kos RM208 juta bagi menempatkan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri itu sejak Ogos 2010.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.
Najib berkata, isu keselamatan tidak sepatutnya dipolitikkan kerana keamanan dan kedaulatan negara terlalu mahal nilainya.
Beliau berkata, rakyat negara ini perlu mencontohi negara maju seperti Amerika Syarikat yang walaupun mempunyai perbezaan politik namun tidak mengeksploitasi soal keselamatan.
“Rakyat mereka memberi sokongan kepada man in uniform, mereka tidak memperlekehkan anggota keselamatan,” katanya.
Kata Najib, kedaulatan dan keamanan negara amat penting bagi membolehkan pelbagai agenda transformasi dilaksanakan kerajaan dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Perdana Menteri berkata, masa depan negara akan menjadi lebih baik jika rakyat dapat memberi sokongan sepenuhnya terhadap agenda transformasi yang telah dirangka dan dilaksanakan kerajaan dengan penuh teliti dan rapi.
Najib berkata, kerajaan tidak akan melaksanakan dasar atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin dapat ditunaikan seperti dilakukan pembangkang yang kononnya mahu memberi pendidikan tinggi percuma, pemansuhan tol dan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
“Seperti kata orang putih, there is no such thing as free lunch… maknanya kalau kita nak bagi percuma mesti ada pihak lain yang membayar untuk sesuatu perkhidmatan itu kalau kita nak bagi secara percuma kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata, memang terdapat beberapa negara di dunia seperti Scandinavia dapat memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya, namun mereka terpaksa menaikkan kadar cukai sehingga mencecah 75 peratus.
“Kenapa tidak ada mana-mana negara yang dapat memberi pendidikan percuma melainkan mereka menaikkan kadar cukai, baru dia boleh bagi pendidikan percuma.
“Bila dia sudah bagi pendidikan percuma dia tidak boleh memberi akses seluas-luasnya (kepada rakyat) kerana kemampuan terbatas kepada banyak mana cukai boleh dipungut daripada rakyat,” katanya.
Hal ini, katanya, berbeza di Malaysia apabila kerajaan berjaya membuka akses pendidikan tinggi seluas-luasnya kepada rakyat tanpa perlu menaikkan kadar cukai. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

GAMBAR: Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira-Wira Kita Di Sabah

GAMBAR: Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira-Wira Kita Di Sabah

Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Namun kami ingin anda melihat kembali gambar-gambar ini, bukan kerana hendak mengaibkan, tetapi hendak menunjukkan betapa kejam dan tidak berperikemanusiaannya bangsat yang bernama penceroboh Sulu ini.
Mereka bukan main lagi melaungkan kalimah Allahu Akbar, mengadakan solat hajat di tempat mereka, memohon pada Allah akan kemenangan di pihak mereka, sebaliknya dalam realiti, mereka adalah SYAITAN DAN IBLIS !
Mereka seksa anggota polis kita, mereka robek tubuh pegawai dan anggota yang tak bersalah ini…sampai satu peringkat, mereka PENGGAL KEPALA pegawai pasukan keselamatan kita hanya disebabkan ingin mendapatkan kembali tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.
Mereka sengaja menggunakan nama Islam dalam perjuangan mereka dengan harapan ia mendapat simpati daripada penganut agama yang suci ini.
Tetapi mereka lupa keindahan dan apa yang terkandung dalam agama berkenaan.
Dalam ajaran Islam, kita sama sekali tidak boleh merosak segala rumah-rumah, kawasan pertanian atau mana-mana hak termasuk membakar apa yang tidak patut.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri amat menghormati utusan musuhnya.
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangimu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
(Al-Baqarah : 190)
Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah seperti tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang sudah terbunuh.
Dalam Islam, tawanan perang mesti dilayan dengan baik.
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah.
Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.
Mana-mana tawanan perang kafir Quraisy yang dapat mengajarkan 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan tanpa syarat.
Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi melalui perang bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.
Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Jelas, dengan apa yang dilakukan oleh penceroboh Sulu ini, ternyata mereka bukan berperang atas nama Islam, tetapi kerana kerakusan dan ketamakan kuasa semata-mata.
Semoga Allah membalas kekejaman tentera penceroboh Sulu ini dengan kemenangan ke atas pasukan keselamatan kita, Insha Allah.
Allahu Akbar! -Mynewshub.my
GAMBAR: Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira-Wira Kita Di Sabah
IMG (2)



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Orang Suluk Tempatan Dedah Misteri Raja Muda Azzimudie Read more: http://www.syokdownload.com/2013/03/orang-suluk-tempatan-dedah-misteri-raja.html#ixzz2N68utILL



Orang Suluk Tempatan Dedah Misteri Raja Muda Azzimudie

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.
RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.


PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.
Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.Lahad Datu.
source: carigold.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story