KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat kenyataan merapu apabila mendakwa Perdana Menteri takut untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau membuat tohmahan itu kerana Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membubarkan Parlimen meskipun Parlimen boleh terbubar secara automatik tidak lama lagi.
Tuduhan beliau melalui satu kenyataan hari ini ternyata tidak berasas kerana Najib sebelum ini pernah menegaskan bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat apabila semua pihak telah bersedia.
“Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia…sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional),” kata Najib baru-baru ini.
Ramai pihak juga melihat tohmahan Kit Siang terhadap Perdana Menteri itu sebenarnya cuba menyembunyikan keresahan diri sendiri.
Ia kerana Kit Siang sebelum ini pernah mengakui bahawa keputusan PRU13 sukar untuk diramalkan oleh mana-mana pihak.
Atas sebab itu beliau telah meminta supaya pemimpin, ahli dan penyokong pakatan pembangkang tidak berasa terlalu yakin akan memenangi PRU13.
“Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya. Tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang,” katanya melalui satu kenyataan pada 13 Februari lalu.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment