PNM Pelihara 4,600 Manuskrip Melayu Lama

PNM

KUALA LUMPUR – Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempunyai kira-kira 4,600 manuskrip Melayu lama sehingga hari ini.
Timbalan Pengarah PNM Nasimah Badaruddin berkata, manuskrip itu termasuk Taj as-Salatin, Mahkota Raja, Syair Siti Zubaidah Perang Cina dan Bustan as-Salatin serta beberapa karya lain yang bernilai tinggi.
“Kita mempunyai hasil karya yang tidak ternilai harganya terutama daripada genre penting seperti agama, sejarah, perubatan tradisional dan pemikiran para pemimpin terdahulu.
“Oleh itu Kita berharap masyarakat yang mempunyai manuskrip lama menyerahkan atau memberi maklumat mengenainya kepada kami untuk dikaji serta dipulihara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Warisan Manuskrip Melayu di Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nasimah berkata, manuskrip atau naskhah lama itu penting bagi memberi maklumat kepada generasi muda tentang nilai estetika dan seni yang terkandung di dalamnya.
Beliau bagaimanapun menjelaskan mana-mana manuskrip yang diterima akan disahkan ketulenannya sebelum menjalani proses pembaikan dan dokumentasi di PNM.
Jelas beliau, tempoh pemuliharaan sesebuah manuskrip bergantung kepada tahap kerosakannya seperti Hikayat Hang Tuah setebal 1,000 helaian yang mengambil masa setahun setengah untuk dipulihkan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story