Cinta Sharnaaz & Shila Amzah Kini Berakhir?

Cinta Sharnaaz & Shila Amzah Kini Berakhir?

Selepas penyanyi, Shila Amzah menghantar email kepada pihak media mengenai luahan hatinya terhadap hubungan bapanya, ND Lala dan Sharnaaz Ahmad semalam, hari ini Sharnaaz memberitahu yang Shila tidak perlu hipokrit.
“Tak payah nak hipokrit!”, tegas Sharnaaz yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.
Sharnaaz yang sebelum ini memang tidak tahu menahu mengenai email berkenaan memberitahu dia tidak mahu melayan semua itu dan apa yang berlaku hanya propa!
“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.
“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.
Sementara itu, apabila disoal tentang hasratnya yang dikatakan ingin merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.
“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.
“Saya tak pasti dan hanya berserah,” katanya.
Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.
“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Segala Keinginan Shila Amzah Ada Dalam Tweetnya

Shila-Amzah-Di-Asian-Wave-Competition-ROTIKAYA


Twitter Shila
Beberapa jam lalu, Shila Amzah ada membuat beberapa tweet secara berturut-turut dan dalam waktu yang hampir sama.
Tiga daripada tweet itu seperti yang ada di atas jelas memperlihatkan apa yang Shila mahukan pada masa kini.
Secara mudah, keinginan Shila ialah;
Dia mahu diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa depan hidupnya. Dia tidak mahu terlalu dikongkong.
Perkara kedua yang Shila mahukan ialah agar bapanya ND Lala dan cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad berdamai.
Kalau dibacanya tweet Shila, simpati pun ada jugak.
“If abang Dan Abah berbaik,sha janji sha akan jd peneman hidup abang Dan anak Abah yang terbaik didunia.. InsyaAllah..doakan sha..’, katanya dalam salah satu tweetnya.
Dia begitu berharap agar ND Lala dan Sharnaaz berdamai.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kedua lelaki berkenaan meletakan ego mereka ke tepi dan mencari jalan penyelesaian. Sudah jelas apa yang Shila mahukan kini.
Jangan sampai Shila terbuat sesuatu yang mana kedua mereka akan menyesal selamanya.
Emosi Shila nampak agak tidak teratur jika tweet yang dibuatnya itu dibaca.
Tweet terkininya itu jelas memperlihatkan Shila telah keluar rumah dan tidak lagi tinggal dengan keluarganya.sumber


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Mangsa Dera – Muhammad Irfan Raiyan Turut Tidak Diberikan Makan

Mangsa Dera - Muhammad Irfan Raiyan Turut Tidak Diberikan Makan

***Apa pun mak bapak la perangai camni…apasal la benci sangat dengan darah daging sendiri?
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Polis mendapati berat badan kanak-kanak
yang dipercayai didera, Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahnaz turun secara
mendadak daripada 11 kg pada tahun lepas kepada 8 kg ketika mayatnya ditimbang
setelah ditemui mati di kediamannya di Semenyih, 31 Jan lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata pakar nutrisi
hospital menjelaskan berdasarkan rekod kesihatan Muhammad Irfan Raiyan, 3,
beratnya turun secara mendadak sebanyak tiga kilogram yang menunjukkan mangsa
bukan saja didera secara fizikal malah berkemungkinan tidak diberi makan.
“Berat yang sepatutnya bagi kanak-kanak seusianya adalah 15 kg,” katanya
kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,
dekat sini.
Pada kejadian 31 Jan lalu, Muhammad Irfan Raiyan ditemui tidak bernyawa oleh
ibunya ketika mahu mengejutkan anaknya itu yang tidur, untuk mandi.
Punca kematian kanak-kanak tersebut adalah akibat terkena benda keras dan
pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di
kaki.
Pada 4 Feb lepas, bapa Muhammad Irfan Raiyan berusia 26 tahun dan isterinya
seorang suri rumah berusia 25 tahun ditangkap di Perkarangan IPD Kajang dan
ditahan reman bagi membantu siasatan.
Ab Rashid berkata ibu bapa mangsa berkemungkinan akan didakwa di mahkamah
esok berikutan tempoh reman mereka tamat.
Timbalan pendakawa raya (DPP) akan membuat keputusan hari ini sama untuk
mendakwa mereka atau dilepaskan dengan ikat jamin polis setelah mereka disiasat
mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.
Sementara itu, pada 4 Feb lepas dalam tempoh tidak sampai 24 jam pihak
polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang merupakan pemandu teksi berusia
31 tahun dan rakannya, 23, kerana disyaki terlibat dalam kes samun pelanggannya.
Ab Rashid berkata dalam kejadian samun awal pagi itu, seorang wanita warga
asing, yang bekerja di sebuah kilang di sini, menaiki teksi tersebut dari Kajang
menuju Semenyih dan disamun dengan sebilah pisau oleh pemandu teksi itu dan
rakan sejenayahnya.
Dua suspek itu melarikan telefon bimbit dan sejumlah wang tunai mangsa
sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan raya, katanya.
“Setelah menerima laporan polis bertindak segera dan berjaya menahan dua
suspek itu di hadapan sebuah hotel di Jalan Semenyih pada 12.30 pagi. Mereka
kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.– BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TNB Diarah Siap Sedia 13 Mac…Kenapa? Pilihanraya?


pilihanraya
Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) seluruh negara semalam menerima arahan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan pada 13 Mac depan.
Arahan itu dikeluarkan oleh ibu pejabat TNB yang berpusat di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, arahan seumpama itu selalunya untuk perkara yang amat penting sahaja.
“Kalau dulu masa pilihan raya kami diarahkan untuk bersiap-sedia dengan set generator tambahan seperti sekarang,” kata sumber itu.
Jika tarikh yang dikatakan itu benar, maka kemungkinan besar pembubaran Parlimen akan dibuat hanya beberapa hari selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Mengikut ramalan, Parlimen dijangka akan dibubarkan pada atau sebelum 21 Mac kerana pada tarikh itu Dewan Undangan Negeri Johor akan terbubar secara otomatik kerana cukup penggal lima tahun.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

“Sejujurnya Saya Tak Kenal Siapa Psy” – Zed Zaidi

“Sejujurnya Saya Tak Kenal Siapa Psy” – Zed Zaidi

Semua sedia maklum bahawa penyanyi Korea yang terkenal menerusi lagu ‘Gangnam Style,’ iaitu Psy bakal datang ke Pulau Pinang pada 11 Februari ini sempena ‘Hari Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).’
Berita kunjungan Psy ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat-peminat hiburan tempatan dan isu ini turut menarik perhatian Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi.
Menurut Zed Zaidi, meskipun majlis tersebut tidak menggunakan duit rakyat, akan tetapi dia lebih gemar sekiranya majlis tersebut mengundang artis tempatan berbanding artis luar negara.
1
Dalam pada itu, Zed Zaidi turut menyarankan agar pihak berwajib mengutamakan perinsip ’1 Malaysia.’
2
Sumber : Twitter Zed Zaidi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Siti Saleha Putus Cinta Dengan Jejaka Inggeris

Siti Saleha Putus Cinta Dengan Jejaka Inggeris


Sebelum ini dikatakan adik ke pada Sam Bunckface, Siti Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gol Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein.
Walaupun tidak terlalu digembar-gemburkan, pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Nora Elena ini bersikap sporting kerana tidak menyorokkan perkara itu.
Bagaimanapun, pengakuan eksklusifnya kepada Berita Harian, baru-baru ini cukup mengejutkan.
Kata pelakon ini, dia baru saja dua bulan putus cinta. Lebih mengejutkan apabila si kekasih bukanlah lelaki yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.
“Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman.
“Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah,” katanya.
Menurut Saleha, walaupun cintanya tidak kesampaian, ia bukan alasan untuknya meratap dan menangisi perpisahan yang berlaku.
“Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat,” katanya.
Gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, cita rasanya bukanlah tertumpu kepada lelaki kulit putih ataupun berdarah kacukan semata-mata.
“Saya tahu, mesti ramai yang menganggap saya hanya inginkan jejaka mat salih sebagai teman lelaki. Saya tidak pernah meletakkan syarat sebegitu.
“Sebelum ini pun saya pernah berkawan dengan jejaka Melayu” jelasnya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Berturban Guna 500 Meter Kain


Lelaki Berturban Guna 500 Meter Kain
Seorang lelaki, Baba ‘Avtar’ Singh memakai serban dikepalanya dengan menggunakan kain sepanjang 500 meter!
Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar, India dekat sempadan Pakistan.
Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh.
Lihat gambar ini tidakkah ia terlalu berat dan membebankannya?
Lelaki Berturban1
Lelaki Berturban2
INDIA-RELIGION-SIKH


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Beginilah Wajah Kartun Popular Bila Sudah Tua

Tokoh kartun ini begitu lagenda bagi kita kan. Mereka hadir begitu bertenaga dengan aksi kepahlawanan ataupun aksi lucu mereka. Seolah tak lekang oleh waktu, tokoh-tokoh kartun ini berhenti pada usianya. berminat untuk mengetahui berkenaan wujud mereka saat tua? ini dia wujud mereka bila mereka tua..Cekidot...hehehhe

                                                                                 Tweety Sudah Tua


Barbie Sudah Tua

Batman & Robin Sudah Tua


 Hulk Sudah Tua


Spider-Man


Superman Sudah Tua


Thor Sudah Tua




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar-Gambar 12 Jam Sebelum Hukuman Mati Dijalankan Keatas Banduan Wanita Ini

Negeri China memang terkenal dengan komitmen hukumnya yang sangat kuat. Terbukti dengan komitmen undang-undang yang mereka miliki negara tersebut mampu menekan tindak jenayah di negara tirai baambu tersebut. Yang sering kita dengar adalah ketegasan kerajaan China dalam menguatkuasakan hukumann mati terhadap koruptor, ternyata hukuman ini mampu menekan tindak rasuah di negara tersebut. Iya, itulah kejayaan China, sedikit melakukan kilas balik ke negeri kita. Pada saat Parti Pemerintah mengatakan "katakan tidak kepada rasuah" ternyata di dalam parti tersebut terdapat kakap-kakap rasuah yang merugikan negara hingga bertrilion ringgit. Sayang sekali iklan yang dulu sering di tayangkan di pelbagai stesen TV tersebut sudah tidak ada lagi.

Kembali ke tema, Gambar-gambar ini menampilkan 12 jam terakhir Perempuan China menjelang eksekusi matinya. Perempuan ini terjerat kes Dadah, kerana kesalahannya tersebut pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepadanya.

Kelihatan dalam foto-foto ini, pada awalnya dia kelihatan tegar dan menerima semuanya dengan lapang dada termasuk harus merelakan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya iaitu nyawa untuk di akhiri oleh regu tembak dalam sebuah prosesi hukuman mati. Perempuan ini sempat bergurau dengan rakan-rakannya dan menyampaikan beberapa mesej menjelang kematiannya.

Bagaimanapun tegarnya, dia adalah manusia biasa yang pasti akan muncul ketakutan pada saat menjemput kematian yang dia saksikan sendiri di depan matanya. Gambar-gambar terakhirnya menampakkan raut wajahnya tegang.

Sebuah pelajaran penting dapat kita ambil daripada peristiwa ini, berfikirlah seribu kali untuk mula menggunakan Dadah. Hukuman mati seperti ini bermula dari hal kecil, iaitu cuba-cuba menggunakan Dadah.

























Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

19 tahun menjadi profesor termuda





Alia Sabur masih muda, hanya berumur 19 tahun. Namun namanya mengejutkan dikalangan golongan cerdik pandai setelah dinobatkan sebagai profesor termuda oleh Guinness World Record. Dia kini menjadi profesor di Konkuk University Korea Selatan. Lahir pada 22 Februari 1989, Alia menjalani waktu belajarnya dalam waktu yang amat singkat. Dari kelas IV sekolah menengah, gadis ini terus diterima masuk ke universiti dan lulus BA dengan kepujian Sum Cum Laude dari Universiti Stony Brook di New York ketika usianya baru menginjak 14 tahun.

Dia melanjutkan pendidikan di Universiti Drexel. Di universiti itu dia mendapatkan anugerah master of science dan PhD. Tiga hari menjelang ulang tahunnya yang ke-19, dia secara rasmi menjadi profesor di Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan. Buku Rekod Dunia Guinness menobatkannya sebagai profesor termuda dalam sejarah. Dia berjaya menumbangkan rekod sebelumnya yang dicatat oleh Colin MacLaurin, mahasiswa Isaac Newton pada tahun 1717.

Masa depan cemerlang terbentang luas di hadapan remaja Northport, New York itu. Tetapi dia telah memilih untuk mengajar. “Saya sangat selesa untuk mengajar. Kerana di bidang itulah kita boleh melihat perbezaan. Dengan mengajar, kita tidak cuma menunjukkan yang boleh lakukan tetapi juga melihat kemampuan orang lain untuk membuat perbezaan,” katanya.


Alia tidak cuma cemerlang di bidang akademik. Dia sudah tampil memainkan klarinet bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia 11 tahun. Di bidang muzik ini, dia sudah mendapat berbagai penghargaan. Seni bela diri juga dikuasainya dengan menyandang tali pinggang hitam dalam seni bela diri Tae Kwon Do.

Sumber : malaysiasensasi.net


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

SIAPAKAH ARTIS PENYANYI JUARA REALITY YANG MER0G0L KEKASIHNYA?


SIAPAKAH ARTIS PENYANYI JUARA REALITY YANG MER0G0L KEKASIHNYA? |  Salam sejahtera semua.pasti artis ini akan malu bila didapati bersalah atas merogol teman wanitanya sendiri apa lagi artis ini adalah antara artis penyanyi terkenal di juara reality tv terkini..persoalannya,siapakah artis ini?..siapakah artis yang merogol teman wanitanya itu tidak hebo kan kerana mungkin atas sebab-sebab tertentu untuk menutup malu beliau..apa dah jadi?…di bawah ini merupakan sumber daripada rotikaya.com.
artis tempatan merogol kekasihnya 221x275 SIAPAKAH ARTIS PENYANYI JUARA REALITY YANG MER0G0L KEKASIHNYA?Satu sumber yang dipercayai berkata, suspek yang berusia 20-an telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam.
Didakwa oleh teman wanitanya, suspek ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol tersebut.
Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol.
Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah.
Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan.
Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini.sumber-Rotikaya


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Inilah Wanita Yang Memiliki Pinggul Paling Besar Di Dunia

Mikel Ruffinelli ialah seorang wanita berusia 40 tahun yang mempunyai 4 orang anak. Ia tercatat dalam buku rekod dunia sebagai pemegang rekod pinggul terlebar di dunia. Pinggul Mikel berukuran 2.4 meter, sementara berat badannya mencapai 190 kg.











Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Inilah Ibu Paling Hot Di Hong Kong


Tak ada yang lebih menakutkan wanita selain cabaran-9 bulan kehamilan dan persalinan, di sinilah wanita mengalami perubahan bentuk tubuh dan penambahan berat badan yang drastik. Hebatnya perempuan 23 tahun asal Hong Kong Model Mia Chan telah melaluinya dua kali.

Mia melahirkan anak pertama di usia awal 16 tahun. Dia awalnya mahu mengaborsinya, tetapi memutuskan untuk melalui itu semua setelah menerima sokongan dari keluarganya.

Inilah rupanya di usia 17, selepas melahirkan anak pertama:










Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story