Beberapa jam lalu, Shila Amzah ada membuat beberapa tweet secara berturut-turut dan dalam waktu yang hampir sama.
Tiga daripada tweet itu seperti yang ada di atas jelas memperlihatkan apa yang Shila mahukan pada masa kini.
Secara mudah, keinginan Shila ialah;
Dia mahu diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa depan hidupnya. Dia tidak mahu terlalu dikongkong.
Perkara kedua yang Shila mahukan ialah agar bapanya ND Lala dan cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad berdamai.
Kalau dibacanya tweet Shila, simpati pun ada jugak.
“If abang Dan Abah berbaik,sha janji sha akan jd peneman hidup abang Dan anak Abah yang terbaik didunia.. InsyaAllah..doakan sha..’, katanya dalam salah satu tweetnya.
Dia begitu berharap agar ND Lala dan Sharnaaz berdamai.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kedua lelaki berkenaan meletakan ego mereka ke tepi dan mencari jalan penyelesaian. Sudah jelas apa yang Shila mahukan kini.
Jangan sampai Shila terbuat sesuatu yang mana kedua mereka akan menyesal selamanya.
Emosi Shila nampak agak tidak teratur jika tweet yang dibuatnya itu dibaca.
Tweet terkininya itu jelas memperlihatkan Shila telah keluar rumah dan tidak lagi tinggal dengan keluarganya.sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment