Mangsa Dera – Muhammad Irfan Raiyan Turut Tidak Diberikan Makan

Mangsa Dera - Muhammad Irfan Raiyan Turut Tidak Diberikan Makan

***Apa pun mak bapak la perangai camni…apasal la benci sangat dengan darah daging sendiri?
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Polis mendapati berat badan kanak-kanak
yang dipercayai didera, Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahnaz turun secara
mendadak daripada 11 kg pada tahun lepas kepada 8 kg ketika mayatnya ditimbang
setelah ditemui mati di kediamannya di Semenyih, 31 Jan lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata pakar nutrisi
hospital menjelaskan berdasarkan rekod kesihatan Muhammad Irfan Raiyan, 3,
beratnya turun secara mendadak sebanyak tiga kilogram yang menunjukkan mangsa
bukan saja didera secara fizikal malah berkemungkinan tidak diberi makan.
“Berat yang sepatutnya bagi kanak-kanak seusianya adalah 15 kg,” katanya
kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,
dekat sini.
Pada kejadian 31 Jan lalu, Muhammad Irfan Raiyan ditemui tidak bernyawa oleh
ibunya ketika mahu mengejutkan anaknya itu yang tidur, untuk mandi.
Punca kematian kanak-kanak tersebut adalah akibat terkena benda keras dan
pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di
kaki.
Pada 4 Feb lepas, bapa Muhammad Irfan Raiyan berusia 26 tahun dan isterinya
seorang suri rumah berusia 25 tahun ditangkap di Perkarangan IPD Kajang dan
ditahan reman bagi membantu siasatan.
Ab Rashid berkata ibu bapa mangsa berkemungkinan akan didakwa di mahkamah
esok berikutan tempoh reman mereka tamat.
Timbalan pendakawa raya (DPP) akan membuat keputusan hari ini sama untuk
mendakwa mereka atau dilepaskan dengan ikat jamin polis setelah mereka disiasat
mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.
Sementara itu, pada 4 Feb lepas dalam tempoh tidak sampai 24 jam pihak
polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang merupakan pemandu teksi berusia
31 tahun dan rakannya, 23, kerana disyaki terlibat dalam kes samun pelanggannya.
Ab Rashid berkata dalam kejadian samun awal pagi itu, seorang wanita warga
asing, yang bekerja di sebuah kilang di sini, menaiki teksi tersebut dari Kajang
menuju Semenyih dan disamun dengan sebilah pisau oleh pemandu teksi itu dan
rakan sejenayahnya.
Dua suspek itu melarikan telefon bimbit dan sejumlah wang tunai mangsa
sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan raya, katanya.
“Setelah menerima laporan polis bertindak segera dan berjaya menahan dua
suspek itu di hadapan sebuah hotel di Jalan Semenyih pada 12.30 pagi. Mereka
kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.– BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story