Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran

Faisal-al-Amiri-mencium-kening-Rabi-al-Dousari

Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Halim Islam


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sandiwara Jamalul Kiram Sekeluarga

Sandiwara Jamalul Kiram Sekeluarga

LABUAN – Insiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.
Tindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).
Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Feb untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
Selepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.
Sandiwara “Istana Sulu” dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai “Sultan Bantilan Esmail Kiram II” dan anak perempuannya “Jacel Kiram”.
Plot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.
MUSUH DALAM SELIMUT
Pemimpin tempatan (pembangkang) serta pesimpati dengan ‘perjuangan Kesultanan Sulu’ juga dipercayai menyumbang kepada sandiwara ini.
Sebelum pencerobohan berlaku, ada pemimpin pembangkang Sabah yang mengakui pernah berjumpa dengan Sultan Sulu.
Bagaimanapun beliau (pemimpin pembangkang) tidak menjelaskan apakah isu dalam perbincangan dan turut mengakui yang beliau jumpai itu bukanlah Jamalul yang mendalangi pencerobohan itu.
Pembangkang ini selama ini cukup lantang seperti yang dilaporkan di dada akhbar memperjuangkan hak-hak Sabah dan memastikan kuasa autonomi ada pada Sabah.
Namun selepas insiden ini berlaku, suara beliau (pemimpin pembangkang) yang selama ini begitu sengit tidak lagi kedengaran.
ORANG SABAH SUDAH MENENTUKAN TAKDIR SABAH
Sikap degil Jamalul ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno S. Aquino yang menyatakan bahawa “anda tidak akan berjaya” (dalam perjuangan mereka menuntut Sabah), yang dengan kedegilan beliau itu menyaksikan 10 anggota keselamatan Malaysia dan 62 militan terbunuh sehingga hari ini.
Kumpulan Jamalul juga tidak mengendahkan hakikat sejarah yang penduduk Sabah telah menentukan takdir Sabah (dahulunya North Borneo) sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Pendirian Kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dapat dilihat pada akhbar ‘Philippine Daily Inquirer’ yang telah menerbitkan ucapan terdahulu pemimpin kerajaan itu berhubung pendiriannya terhadap Sabah.
Akhbar itu memetik laporan akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, yang memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong dalam ucapan ‘privilege’ berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat di Sabah sama ada mereka mahu menyertai pembentukan Malaysia atau sebaliknya.
“Apa gunanya melibatkan diri di Borneo Utara, jika selepas semua, walaupun jika kita berjaya memperolehnya, kita komited kepada idea membenarkan rakyat Borneo Utara menentukan apa nasib mereka akan datang?
“… tindakan yang lebih baik untuk diikuti adalah untuk kerajaan kita memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu apabila Rancangan Persekutuan Malaysia dikemukakan untuk pertimbangan PBB, bahawa kita secara sukarela melepaskan apa-apa tuntutan kedaulatan kita di mana-mana bahagian North Borneo dalam usaha mempercepatkan perubahan status wilayahnya daripada bukan pemerintahan sendiri kepada negeri pemerintahan sendiri atau bebas dan bahawa kita bersetuju dengan pungutan suara di bawah naungan PBB untuk memberi rakyat Borneo Utara peluang untuk menyatakan dengan bebas kehendak dan hasrat mereka …”
TIDAK ARIF DENGAN SEJARAH
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini.
Ketiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.
Shariff berkata rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa bersedia dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pencerobohan ini adalah satu panggilan “wake-up call”, untuk meningkatkan perancangan dan strategi masa depan bagi menangani sebarang ancaman khususnya yang melibatkan kedaulatan negara.
Berikutan pencerobohan ini, UMS mewujudkan Pusat Kajian Strategik Sabah sebagai platform untuk memberi pandangan, nasihat dan maklumat tentang isu dan perancangan masa depan yang melibatkan isu keselamatan, ekonomi, sosial, sejarah, pendidikan, politik dan yang berkaitan isu domestik negara.
“Kini kita berdepan dengan ancaman pencerobohan yang melibatkan keselamatan, kita tidak tahu masa depan mungkin kita akan menghadapi ancaman ekonomi dan sebagainya. Dan inilah UMS memainkan peranan dan wujudkan pusat ini,” katanya.
Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

12 Kereta Perisai Berantai Dah Tiba Di Lahad Datu

12 Kereta Perisai Dah Tiba Di Lahad Datu

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah.
Menurut Bernama, sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana.
Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.
Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.
“Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, baru-baru ini.
berantai
Gambar: BH Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

VIDEO: Dia (Rozita Che Wan) Nyawa Saya – Zain Saidin

Zain Saidin

Seperti yang kita ketahui pasangan meletop Zain Saidin dan Rozita Che Wan nampaknya bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini juga.
Oleh demikian, banyaklah majalah dan surat khabar kini sedang berebut-rebut untuk mendapatkan mereka bagi merakamkan foto dan menebual pasangan sensasi ini.
Terbaru, majalah Media Hiburan ada mengambil gambar mereka sebagai cover muka depan bagi keluaran 16 -22 Mac (1449) ini.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah ketika Zain menjawab soalan dari editor Media Hiburan, Meen Zuleyka.
“Dialah nyawa saya,” jawab Zain sambil tersenyum.
Amat jelas kemesraan yang terpancar di wajah mereka ini.
Lihat video di sebalik tabir semasa sesi fotografi berlangsung.
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kejadian Rompak, Rogol Jejas Imej Pemandu Teksi

MCPF

KUALA LUMPUR – Kejadian rompak dan rogol ke atas seorang pelancong Amerika Syarikat baru-baru ini satu tamparan hebat terhadap golongan pemandu teksi dan industri pelancongan negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, jenayah itu telah menjejaskan nama baik industri pengangkutan awam negara khususnya teksi meskipun kejadian itu sebenanrya tidak melambangkan sikap pemandu teksi Malaysia secara keseluruhannya.
“Kejadian ini diibaratkan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Meskipun kejadian ini tidak melambangkan sikap pemandu teksi di negara ini tetapi telah menimbulkan persepsi negatif,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat disamun, dikurung dan dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.
Kejadian didakwa berlaku selepas wanita berusia 25 tahun itu selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.
Mangsa dilaporkan berjaya melepaskan diri petang semalam sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, kejadian jenayah itu telah mendatangkan pandangan tidak baik terhadap tahap keselamatan penumpang yang mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya dalam kalangan pelancong asing.
Justeru beliau mengingatkan semua pemandu teksi bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik perkhidmatan teksi dalam mengambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tenteram dan selamat untuk dilawati.
Beliau bagaimanapun berkata, MCPF memuji kecekapan pasukan polis menahan seorang suspek kes itu dalam masa yang singkat dan kejayaan itu diharap dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam di negara ini terutama dalam kalangan pelancong asing.
Beliau seterusnya meminta supaya satu pendekatan pemantauan dibuat dengan segera oleh pihak terlibat membabitkan pengangkutan awam teksi yang mungkin di curi untuk tujuan jenayah.
“Tahap keselamatan di dalam teksi perlu juga di pertingkatkan bagi memberi perlindungan kepada penumpang,” katanya lagi. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sejarah Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!

Masjid Kobe

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun.
Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko.
Untuk pengetahuan Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud gerbang Tuhan (Gate of God).
Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat dengan perang dunia kedua yang menyaksikan peperangan di antara Amerika dan Jepun di mana pihak Amerika telah mumutuskan untuk menjatuhkan bom atom.
Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata.
Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya.
Ketika bangunan sekitarnya menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak!
Masjid ini hanya mengalami keretakan dan cerminya pecah.
Kekukuhan Masjid Kobe diuji sekali lagi apabila gempa bumi paling dasyat berlaku ada 1995 tepat pada pukul 5.46 pagi Selasa.
Ia masih lagi berdiri utuh! Begitu besarnya kuasa Allah SWT.
Sehingga kini Masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.
Lihat gambar-gambar di bawah ini..
Masjid Kobe 1
Masjid Kobe 2
Masjid Kobe 3
Masjid Kobe 4
Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Black, Izzat Meriahkan Fiesta Tanjung Karang

Black Mentor Dan Izzat Exist

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Black Mentor dan Izzat Exist antara artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan di Tanjung Karang, Selangor pada 15 Mac ini.
Mereka akan membuat persembahan pada program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjung Karang 2013 yang akan berlangsung di situ selama tiga hari.
Program anjuran Kementerian Belia an Sukan Malaysia serta Kementerian Pertanian itu akan berlangsung di Padang Astakan Pekan Tanjung Karang.
Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dijadual merasmikan fiesta tersebut pada 15 Mac ini pada pukul 8.30 malam.
Artis lain yang akan turut membuat persembahan pada program itu adalah Shikin AF, Herman Tino, Zizie AF, Ain AF, Aishah AF dan Mie Raja Lawak (MC). – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Versus: Tomok Bergabung Dengan Modread

Tomok - Modread

Program realiti nyanyian yang memaparkan kreativiti band-band tempatan, Versus bakal kembali buat musim kedua bermula 5 April depan.
Kali ini, penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut terpilih menjadi salah seorang daripada pesertanya.
Tomok bakal bergandingan dengan pemenang Hot FM Bingit 2010 iaitu kumpulan Modread.
Hasil gabungan mantap itu terlahirlah nama baru buat kumpulan mereka iaitu Manifesto.
Mereka bakal bertarung dengan kumpulan hebat lain antaranya Estranged, Oh Chentaku, Kristal dan Kyoto Protocol.
“Saya rasa pelik juga pada mulanya apabila bergabung dengan Modread bagi membentuk satu band baru iaitu MANIFESTO dalam Versus 2 ini. Pelik kerana genre muzik yang dibawa kami adalah berbeza. Tapi apabila kami mula praktis disitu sudah timbul keserasian diantara kami walaupun ini kali pertama kami beraksi di atas pentas bersama,” katanya yang dipetik melalui Buahmulut.
Semoga gandingan baru Tomok dan kumpulan Manifestonya berjaya menghangatkan lagi pentas Versus2 yang dijadualkan berlangsung di Space U8, Shah Alam.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gambar Anak Sulung Memey & Norman Hakim

Memey & Norman

Menerusi Beautifulnara, hari ini, ada berkongsikan gambar-gambar anak sulung Memey dan Norman Hakim.
Jika dulu kita hanya dapat melihat gambar bayi mereka dipangku oleh bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi, kini siap ada gambar Abby disamping Memey lagi.
Berseri-seri wajah Memey selepas bersalin anak pertama, Mohamed Darwisz ini.
Lihat gambar keluarga bahagian ini..
 Memey & Norman1
Memey & Norman2
Memey & Norman3
Memey & Norman4
Memey & Norman5
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai

Gangguan Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai

PETALING JAYA – Pelakon Noniswara akhirnya terpaksa menuntut cerai apabila gagal menyelamatkan rumah tangganya sejak tujuh bulan dulu gara-gara ‘gangguan’ pihak ketiga.
Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia membuat keputusan tersebut apabila mendapati tiada penyelesaian yang dapat menyelamatkan perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang dibina sejak empat tahun lalu.
“Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian.
“Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian.
“Bagaimanapun, pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia pula yang tidak hadir,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Noniswara atau lebih mesra disapa Nonis, dia telah memfailkan penceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.
Ditanya apakah punca krisis itu kata Nonis, ia disebabkan terdapat orang ketiga yang mengganggu perkahwinan mereka.
“Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi kucar-kacir.
“Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian.
“Lagipun suami tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya bermadu. Jika dia mahu, mungkin kami boleh berbincang. Apa-apa pun saya terima bahawa jodoh kami tidak kekal lama,” ujarnya yang meminta tidak mendedahkan nama wanita pihak ketiga itu.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. – mStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sultan Kiram Arah Pengikut Wanitanya Berperang, Tetapi Anaknya Sendiri Sibuk Bertwitter!

Sultan Kiram Arah Pengikut Wanitanya Berperang, Tetapi Anaknya Sendiri Sibuk Bertwitter!

BARU-BARU ini salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita.
Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita.
Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat.
Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan pasukan keselamatan akan berfikir ‘dua kali’ untuk menyerang mereka.
Namun pada golongan berkenaan pula, Sultan Jamalul Kiram III cuba berbohong dengan menyatakan tujuan mereka dihantar untuk berperang dengan kerajaan Malaysia adalah demi perjuangan menegakkan Islam, demi mempertahankan tanah milik nenek moyang mereka dan berbagai lagi alasan hingga menyebabkan kaum wanita mereka ‘bersemangat’ untuk mengangkat senjata.
Paling menyedihkan, di saat kaum wanita mereka DIRACUN pemikiran dan tipu helah Sultan Jamalul  Kiram III ini, anaknya, Jacel bersenang-lenang di Manila bersama bapanya.
anak kiram
Bahkan lebih menyakitkan hati, Jacel sempat lagi membuka akaun Twitter (@jacelkiram), nama yang digunakan…Princess Jacel Kiram!
Sudahlah bapanya sendiri pun tidak diiktiraf Sultan Sulu yang sebenar, si anak pula dengan bangganya menggelarkan diri sendiri dengan panggilan puteri!
Sayang sekali, permainan sandiwara Sultan Jamalul Kiram III ini masih gagal difahami oleh para pengikut taksubnya.
Si isteri sanggup meninggalkan keluarga, si suami sanggup mati, si anak yang tidak berdosa juga dibawa sekali ke medan perang demi nafsu dan ketamakan kuasa sultan mereka.
Akhirnya si isteri yang selama ini tidak pernah mengangkat senjata dan tak tahu apa-apa mati di hujung peluru, meninggalkan keluarga dan anak terkontang-kanting di kampung sedangkan Sultan Kiram III dan anak-anaknya masih cuba berlagak hero – di kota metropolitan Manila!
Apa lagi nak dikata...- Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bila Agaknya Prebet Siti Nurhaliza Dengan Mejar (K) David Teo Nak Sampai Lahad Datu Ni?

Bila Agaknya Prebet Siti Nurhaliza Dengan Mejar (K) David Teo Nak Sampai Lahad Datu Ni?

Kita semua tahu yang penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara lapan selebriti yang secara rasmi telah menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selain itu, turut menyertai pasukan itu pemenang Anugerah Juara Lagu 2010, Ana Rafali, Penerbit filem, Datuk David Teoh; pelakon Mohd Noor Bon dan Intan Ladyana; penyanyi, Aizat Amdan serta Shaheizy Sam.
Owh tidak dilupakan penerbit filem tersohor David Teoh. Malah David juga telah dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat.
davidteo2
Tertanya-tanya juga, bilanya Siti dan David nak sampai ke Lahad Datu ni?
Mengapa hanya dua ini yang penulis fokuskan?
Ini kerana Siti adalah ketua platun selebriti itu manakala David pula telah dianugerahkan pangkat yang agak tinggi…jadi inilah masanya kedua-dua mereka pergi ke sana atas kapasiti yang dimaksudkan itu.
Jangan salah faham, bukannya penulis nak Siti dengan David pergi masuk ke Kampung Tanduo itu, itu memanglah nak cari nahas tetapi banyak lagi tugas sokongan di sana yang memerlukan penglibatan anggota Askar Wataniah macam mereka.
Mungkin Siti boleh pergi ke dewan-dewan penempatan sementara di Felda Sahabat, memberi kata-kata semangat pada para penduduk yang terjejas, bergaul mesra dengan anak-anak mereka dan sebagainya.
Begitu juga David. David kan kenal ramai wartawan, mungkin David boleh bertugas di Pusat Media, bantu apa yang patut di sana dan sebagainya.
Itu cuma cadanganlah, tetapi kalau mereka rasa mampu nak buat tugas lebih mencabar apa salahnya kan?
gambar shaheizy sam sertai askar wataniah
Bukan apa, inilah masanya Siti, David dan rakan-rakan mereka menunjukkan sokongan mereka kepada negara dengan cara yang lebih pro-aktif.
Tetapi ini bukanlah paksaan…kita faham masing-masing pun ada komitmen tersendiri.
Penulis cakap begini pun bukan sebab apa, mereka jugalah dulu yang beriya-iya keluar dalam media ketika masuk Askar Wataniah.
Jadi inilah masanya bukan?


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam Meninggal

PI Bala

KUALA LUMPUR – Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Mendiang yang pernah menimbulkan kontroversi berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
Sebuah portal berita tempatan dalam laporannya hari ini memaklumkan PI Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu.
Dia dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan.
Mendiang bagaimanapun mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Dia kemudian bergegas ke klinik untuk mendapatkan bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
Portal berita itu turut melaporkan Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa semasa dihubungi memaklumkan penyiasat persendirian itu sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?

MISTERI: Kapal Perang Amerika, USS Guardian 'DIMUSNAHKAN' Selepas 'Tersangkut' Di Laut Sulu, Kenapa?

Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.
Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.
Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?
Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.
Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.
Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.
Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.
Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina
“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”
USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.
Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.
“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”
Yang menjadi lebih pelik dan ajaib,  kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.
Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.
Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.
Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.
Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.
Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.
Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.
Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.
Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.
Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.
Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.
Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.
Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PERANG LAHAD DATU: Guru Hina Anggota Keselamatan Op Daulat Direman

PERANG LAHAD DATU

KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: “semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu.”
Sumber: Sinar Harian Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Komander Musa Masih Hidup – Keluarga Kiram

Keluarga Kiram Dakwa Komander Musa Masih Hidup

MANILA – Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.
Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.
“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.
Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.
Sebelum ini, polis mengesahkan 56 militan Sulu telah terbunuh sejak serangan bermula pada 1 Mac.
Agensi Berita Nasional (Bernama) turut melaporkan pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.
Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.
Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari dengan sekumpulan 235 lelaki bersenjata untuk menuntut negeri Malaysia timur itu.
Selepas percubaan berunding secara aman oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Filipina gagal, pasukan keselamatan menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo.
Selepas dua hari Ops Daulat dilancarkan, keluarga Kiram menuntut gencatan senjata tetapi enggan menarik keluar tentera mereka dari Lahad Datu.
Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, memberitahu kumpulan bersenjata untuk menyerah tanpa syarat atau berhadapan dengan kematian.
Terdahulu pada rabu, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengakui bahawa pasukan keselamatan masih belum memahami Agbimuddin, walaupun selepas sembilan hari Ops Daulat.
Polis juga percaya, Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.
“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama pagi tadi. – mStar


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gempuran Penamat Dalam Masa 48 Jam!

Gempuran Penamat Dalam Masa 48 Jam!

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.
Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.
Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.
Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.
Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.
heli tentera darat w
Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.
Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.
Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.
Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.
Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.
Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

K’Jaan Timbang RCI Atau Kertas Putih Siasat Pencerobohan Di Sabah

pencerobohan-lahad-datu-300x201

SANDAKAN — Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
“Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku…ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
“Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional,” katanya.
Hisham lahad datu
Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan di sini, hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.
Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.
Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.
Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi.
Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan ‘lorong-lorong tikus’ yang memudahkan laluan mereka.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
Berhubung laporan penahanan 35 warganegara Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah oleh Unit peronda Tentera Laut Filipina semalam, Hishammuddin berkata Wisma Putra akan berhubung dengan Manila bagi menyelesaikan perkara itu.
“Wisma Putra akan berhubung dengan kerajaan Filipina kerana rakyat dia dan perairan dia,” katanya.
Media Filipina semalam melaporkan unit peronda menahan kesemua suspek di dalam dua buah bot di perairan Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam, di mana beberapa unit senjata dan bahan letupan turut dirampas dari bot yang dinaiki.
Hishammuddin dalam lawatan itu turut melawat dan berkongsi cerita dengan tiga anggota pasukan keselamatan yang cedera dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini.
Dalam kejadian berbalas tembakan pada Sabtu lepas, dua anggota PGA dari Batalion Miri iaitu Lans Kpl Mohd Zariman Ibrahim dan Kpl Affendi Rusli mengalami kecederaan di betis dan paha.
Selain itu, Kpl Khairul Anuar Md Isa dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja (7RAMD) Kem Kukusan Tawau yang cedera di pipi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dimasukkan ke hospital itu semalam. — BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story