Versus: Tomok Bergabung Dengan Modread

Tomok - Modread

Program realiti nyanyian yang memaparkan kreativiti band-band tempatan, Versus bakal kembali buat musim kedua bermula 5 April depan.
Kali ini, penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut terpilih menjadi salah seorang daripada pesertanya.
Tomok bakal bergandingan dengan pemenang Hot FM Bingit 2010 iaitu kumpulan Modread.
Hasil gabungan mantap itu terlahirlah nama baru buat kumpulan mereka iaitu Manifesto.
Mereka bakal bertarung dengan kumpulan hebat lain antaranya Estranged, Oh Chentaku, Kristal dan Kyoto Protocol.
“Saya rasa pelik juga pada mulanya apabila bergabung dengan Modread bagi membentuk satu band baru iaitu MANIFESTO dalam Versus 2 ini. Pelik kerana genre muzik yang dibawa kami adalah berbeza. Tapi apabila kami mula praktis disitu sudah timbul keserasian diantara kami walaupun ini kali pertama kami beraksi di atas pentas bersama,” katanya yang dipetik melalui Buahmulut.
Semoga gandingan baru Tomok dan kumpulan Manifestonya berjaya menghangatkan lagi pentas Versus2 yang dijadualkan berlangsung di Space U8, Shah Alam.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story