Sebuah muzium dibina di Itali bagi memberi penghormatan kepada Enzo Ferrari yang merupakan pengasas jenama kereta sport terkenal, Ferrari.Dibuka secara rasmi kelmarin, muzium berharga 18 juta euro (RM71 juta) itu dibina di bandar kelahiran Enzo di sini.Untuk pameran sulungnya, muzium berkenaan menampilkan 21 buah kenderaan bernilai jutaan euro termasuklah kereta Ferrari, Alfa Romeo, Fiat dan Maserati yang pernah dipandu oleh Enzo dalam pelbagai perlumbaan.Para pengunjung muzium tersebut akan disambut dengan bunyi ngauman enjin kereta lumba sebelum menjejakkan kaki ke ruang pameran yang dibina menyerupai papan pemuka kereta.
0 comments:
Post a Comment