Pameran Keranda Yang Pelik


Pameran Keranda Yang Pelik | Sudah semestinya, penyediaan keranda adalah untuk tempat si mati ditempatkan di dalamnya. Ia adalah sebahagian daripada proses pengurusan pengebumian si mati. Namun ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan keranda sebagai satu bentuk penghasilan yang kreatif dan unik. Satu pameran keranda yang unik telah di adakan di London.
LONDON – Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London.
Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuatkeranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain.
“Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan,” kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton.
“Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu.
“Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir,” katanya.
Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. – AFP
Melayukini.net - Keranda pun boleh dijadikan barangan yang kreatif kan. Apabila sudah masuk dalam tanah, bukan keranda yang ingin dipersembahkan. Dalam Islam, kain kafan sudah memadai sebagai pakaian utama kita ketika berada di alam kubur. Maka, hanya amalan kita sahaja  yang menentukan baik atau buruk kita di alam barzakh nanti.
Sumber: Amek Kaw | Koleksi Karya Kreatif Melayukini.net

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story