Masjid Ais Pertama Di Dunia


Sebuah masjid yang diperbuat daripada ais akan dibina berhampiran Ice Hotel, Jukkasjarvi, utara Sweden. Menurut perancangan, kedudukan masjid tersebut akan dibina berdekatan dengan bangunan gereja ais yang telah dibini sebelum ini.
Ketua CEO Ice Hotel, Yngve Bergqvist, mengatakan perancangan pembangunan masjid ais wujud daripada kebebasan beragama di Jukkasjarvi.
“Pembangunan gereja ais telah menarik minat pengunjung untuk datang. Malah 150 pasangan memutuskan untuk berkahwin di gereja ini,” katanya seperti dipetik dalam thelocal.com.
Bergqvist akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat tentang Islam. “Pengunjung bakal datang dari pelbagai negara. Kami fikir sungguh bagus jika boleh membina masjid setelah sebelum ini membina geraja,” katanya.
Bergqvist mengharapkan bagunan masjid ais ini akan siap sepenuhnya tahun ini.
Imam Mahmoud Aldebe berharap pembinaan masjid ais dapat memberikan kesan berupa pemahaman yang benar mengenai Islam. Sebab, sebahagian pengetahuan masyarakat Sweden mengenai Islam terlalu sedikit. “Idea ini tidak lah terlalu kontroversi. Harapannya, tentu memudahkan kami (komuniti Muslim) untuk berdialog dengan masyarakat Sweden,” katanya.
Aldebe mengatakan tiada masalah mengenai kedudukan masjid berada berhampiran dengan gereja. Baginya, dengan kedudukan masjid berhampiran gereja akan memudahkan dialog antara budaya dan agama. “Mungkin imam yang bertugas akan memberitahu kepada tetamu mengenai Islam.
sumber: itsmesaiful.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story