BUTTERWORTH : “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.
“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya. – Metro
1 comments:
berhati hati lah ....sekarang manusia semakin parah hidup pun tak menentu kadang tu tak tentu hala hidup tu yg jadi semakin tertekan perbuatan.
Post a Comment