Resepi rahsia untuk usaha kuliner apalagi yang berskala besar tentu akan dijaga dengan sangat berhati-hati. Semalam resepi rumusan minuman coke yang berusia 125 tahun telah dipindahkan lokasinya. Tidak tahu pasti dimana tempatnya lokasi barunya.
Pada hari Khamis (8/1) seluruh media internet seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Flickr membicarakan formula rahsia pada coca-cola, dan juga dimumkan bahawa formula rahsianya disimpan di dalam peti besi agar tak seorang pun mengetahuinya telah dipindahkan.
Setelah 125 tahun lamanya resepi rahsia coca-cola yang disimpan di Suntrush dalam sebuah peti besi telah dipindahkan ke pusat bandar di Atlanta. Namun tidak ada satu pun yang mengetahui di mana persisnya tempat menyimpan resepi rahsia itu.
Seperti yang dipetik oleh USA Today, Ted Ryan sebagai arsiparis Coca-cola menyatakan, "Inti dari rahsia perniagaan adalah bahawa anda tahu sesuatu yang orang lain tidak boleh tahu". Syarikat di Amerika mempunyai beberapa formula dan resepi rahsia pada produknya.
Perunding PR Katie Delahaye Paine mengatakan "Ketika ini Coca-cola mengukur kejayaannya dengan ekspresi pelanggan, yang dibicarakan pelanggan terhadap formula rahsia melalui Facebook, Youtube, Twitter dan Flickr merupakan suatu kekaguman pengguna terhadap pemindahan resepi rahsia".
Beberapa produk lain yang mempunyai formula rahsia pada produknya iaitu, ramuan dan rempah-rempah dalam ayam goreng KFC menjadi salah satu rahsia yang paling berharga dunia perdagangan. Kemudian resepi rahsia pada sos khusus menu Big Mac di McDonald, resepnya disimpan di satu lokasi rahsia di pinggir bandar Chicago Barat.
Dan juga Roast Baked Beans Bush, resipinya milik keluarga yang hanya diketahui oleh Bros dab Bush yang benar-benar menjaga rahsia resepi. Resepi rahsia yang dimiliki coca-cola, KFC, McDonald dan Roast Baked Beans Bush untuk dapat bersaing dalam dunia perdagangan.
sumber
0 comments:
Post a Comment