KUALA LUMPUR : Membelek penampilan mewah Rozita Che Wan,39 menerusi keluaran majalah fesyen dan gaya hidup Glam isu Mei lalu, mungkin ramai yang menyifatkan bahawa pelakon sensasi ini seorang yang high maintenance.
Apatah lagi, pelakon berstatus janda dan mempunyai dua orang cahaya mata itu sering saja tampil dengan penampilan tersendiri, dengan solekan sempurna, berbulu mata lebat, rambut didandan rapi, berpakaian hebat dan tidak ketinggalan tas tangan dari jenama mewah.
Malah ke mana saja Rozita Che Wan pergi, dia pastinya akan ditemani seorang pengawal peribadi merangkap pemandunya dan baru-baru ini dia baru saja pulang dari kota Milan, Itali untuk bercuti sambil memenuhi keperluannya sebagai seorang wanita iaitu membeli-belah.
“Mana ada saya seorang yang high maintenance. Saya hanya beli sesuatu yang perlu saja. Kepada sesiapa yang tak tahu, saya suka membeli belah ketika jualan murah sahaja. Kalau ada jualan murah, saya pasti beli dua atau tiga pasang baju.
“Saya hanya akan beli sesuatu barang mengikut kemampuan saya. Kalau tak mampu tak payah beli. Macam tas tangan Prada ini saya beli ketika bercuti ke Itali dan harga di sana sememangnya jauh dari murah berbanding di sini,” katanya sambil menunjukan tas tangan bersaiz besar buatan Itali berkenaan.
Rozita Che wan berkata, mungkin kerana penampilannya yang tampak tersendiri dan kebijaksanaannya memilih sesuatu barang menjadikan dia dilihat sebagai seorang wanita yang bercitarasa mewah.
Malah sebagai selebriti tambah Rozita Che Wan, adalah wajar untuknya sentiasa kelihata bergaya dan anggun bagi memastikan penampilannya sedap mata memandang.
“Siapa yang mengenali saya pasti memahami saya. Kerana dari sudut bergaya, saya memang tak pandai terlalu ringkas kerana saya sangat selesa dengan penampilan sekarang,” katanya yang turut bergelar usahawan pakaian dan tudung wanita.
Pelakon berbintang Pisces itu percaya, setiap apa yang dibelanjakan adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri sepanjang enam tahun berkecimpung di dalam bidang lakonan sehinggalah menjadi jurucakap kepada produk kecantikan Safi Rania Gold yang kini sudah memasuki tahun kedua.
” Saya bukanlah seperti yang anda dapat lihat dalam majalah Glam tapi bila keluar rumah saya lebih suka menggayakan seluar denim, keja-T dan jaket. Itu sudah sebagai satu kemestian.
“Dalam soal kecantikan pula, saya tidak pernah buat facial wajah. Kerana segala-galanya saya lakukan sendiri. Dari scrub sehinggalah meletak masker wajah dan membersihkan ke kotoran di permukaan hidung. Begitu juga dengan penjagaan rambut.
” Saya lalukan ketika berada di rumah. Kadang kala ketika membersihkan lantai atau mengemas rumah. Maklum sajalah, saya memang tak ada orang gaji kerana segala tugasan di rumah saya lebih rela lakukannya sendiri daripada mengharapkan orang lain melakukannya,” katanya merendah diri. – Murai
0 comments:
Post a Comment