Nampaknya, angin dan semangat Zed Zaidi untuk memperjuangkan nasib artis-artis tempatan semakin membuak-buak.
Kalau mula-mula dahulu, dia hanya mencetuskan kontroversi atau pun ‘perang dingin’ dengan Aaron Aziz.
Habis semuanya diungkit dan macam-macamlah yang diperkatakan, baik dari segi bayaran, permit kerja, istilah orang asing atau orang gaji, semuanya diguna pakai.
Paling hebat, gelombang ‘menyindir’ dan ‘perang’ itu dicetuskan di laman sosial Twitter.
Waktu itu, Zed Zaidi hanyalah sebagai Timbalan Persatuan Seniman sahaja.
Tapi, sekarang ini bila tahkta semakin menjulang tinggi kerana dia sudah diangkat menjadi Presiden persatuan tersebut, semakin panjang langkah Zed Zaidi untuk menangani isu kebanjiran artis luar negara.
Terbaru, isu artis-artis Korea atau pun fenomena K-POP pula cuba diatasi oleh Zed Zaidi.
Melalui medium yang sama juga, Zed Zaidi gunakan Twitter untuk melepaskan ‘semangatnya’ itu.
“K-POP adalah ARTIS LUAR yg perlu kita bendung, ada PIHAK YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB mempromosikan mereka secara BERLEBIHAN.. siapa K-POP ni?”
“Aku masih terfikir, Kalau BERJUTA-JUTA DUIT di HABISKAN kpd ARTIS LUAR ni kenapa duit sebanyak tu tak di HABISKAN kpd ARTIS TEMPATAN? hmmm..” Tulis Zed Zaidi dalam Twitternya.
Kenyataan berani Zed Zaidi itu juga turut dibalas hebat oleh peminat-peminat di Twitter.
Nampaknya, perang kali ini bakal tercetus antara Zed Zaidi dengan peminat fanatik K-POP pula rasanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
sumber: mynewshub.my
1 comments:
Aritst tempatan xleh pakai Spender..aritst luar bleh..sedap tgk..hahaha...LadyGaga vs BritneySpear
Post a Comment