Kumpul Air Kencing Hasilkan Ubat


Kumpul Air Kencing Hasilkan Ubat
China sering kali menggemparkan umum dengan berita-berita perlakuan aneh mereka. Kali ini, air kencing kanak-kanak lelaki di China telah dikumpulkan sebagai bahan membuat ubat.
Menurut laporan, beberapa buah sekolah di Nanchang, wilayah Jiangxi, China telah mengarahkan para pelajar lelaki supaya membuang air kecil ke dalam baldi yang disediakan di dalam tandas.
Ibu bapa mula hairan dengan tindakan tersebut lalu membuat laporan kepada pihak media.
Kumpul Air Kencing Hasilkan Ubat
“Kami tidak tahu kenapa ada orang yang mengumpul air kencing di sekolah setiap hari,” kata seorang bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Li.
Menurut seorang pekerja di sekolah tersebut, terdapat sebuah syarikat yang membuat ubat-ubatan menggunakan air kencing.
Selain itu, terdapat sebuah firma biokimia melaporkan kepada pihak media bahawa air kencing yang dikumpul akan digunakan untuk membuat ‘urokinase’ – sejenis ubat untuk penyakit kardiovaskular.
“Dalam beberapa bandar yang terlibat, terdapat syarikat yang bertanggungjawab untuk mengumpul dan menjual air kencing kepada syarikat-syarikat farmaseutikal.
“Mereka memilih kanak-kanak di sekolah kerana pada umumnya mereka ini sihat,” kata salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan.
Jabatan pendidikan telah mengharamkan aktiviti ini dari berterusan di mana-mana sekolah atas sebab-sebab kebersihan. – Daily Chilli

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story