4 kes penyakit kencing tikus





KOTA BAHARU — Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini merekodkan empat kes penyakit ”kencing tikus” atau leptospirosis sejak Januari lepas, yang menyebabkan tiga pesakit meninggal dunia.
Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata dua kes dikesan di Pasir Puteh serta masing-masing satu di Tanah Merah dan Pasir Mas.
“Penyakit ini boleh menyebabkan kemudaratan yang sangat teruk melalui jangkitan terutama selepas kita bersentuhan dengan sisa haiwan itu. Paling biasa berlaku adalah sungai atau air bertakung yang dicemari dengan kencing tikus, dan selepas bersentuhan, mereka tidak membersihkan diri,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri Perdana HRPZII hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membersihkan diri jika terdedah kepada sumber air yang kotor untuk mengelak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. — BERNAMA
Kredit harianmetro online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story