[Ganas]Polis Kanada pukul dan bog ~gell wanita tak bersalah


Ganas betul polis ni...belasah orang sesuka hati dan yang lebih teruk bogelkan orang 
yang tak bersalah..


OTTAWA, Kanada - Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.

Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.

Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.

Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.

Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.

Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.

Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya. - Agensi






0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story