Cucu Pencipta Red Bull Disyaki Langgar Polis




BANGKOK : Seorang cucu pencipta minuman bertenaga Red Bull disyaki memandu sebuah kereta Ferrari yang melanggar dan membunuh seorang anggota polis di sini sebelum dia melarikan diri.
Polis menahan cucu pencipta Red Bull itu, Vorayuth Yoovidhya untuk disoal siasat semalam.
Dia ditahan selepas terdapat titisan minyak kereta tersebut yang bocor dilihat berada di atas jalan menuju ke kediaman datuknya, Chaleo Yoovidhaya di kawasan perumahan mewah.
Seorang pegawai kanan polis, Leftenan Jeneral Comronwit Toopgrajank menyatakan dia mengambil alih siasatan selepas seorang pegawai polis berpangkat rendah cuba untuk menyembunyikan jenayah tersebut dengan menampilkan seorang suspek palsu.
Comronwit sendiri mengetuai satu pasukan pegawai polis untuk mencari kereta tersebut di pekarangan rumah datuknya itu.
Pasukan pegawai polis itu kemudian merampas sebuah kereta Ferrari berwarna kelabu gelap dengan bampar depan kenderaan tersebut kemik.
Anggota polis yang terbunuh itu ialah Sarjan Mejar Wichean Glanprasert, 47.
Wichean terbunuh semasa dia melakukan rondaan bermotosikal menjelang subuh.
Media Thailand melaporkan kereta tersebut mengheret


Comronwit berkata, dia menggantung pegawai polis yang cuba untuk menyembunyikan identiti pelanggar Wichean dengan melakukan penipuan dalam siasatan.
“Seorang anggota polis telah mati. Saya tidak boleh membiarkan ia terjadi. Jika saya membiarkan kes itu diteruskan (kes menampilkan suspek palsu), saya lebih rela berhenti (kerja).
“Saya tidak kisah betapa berpengaruhnya mereka (keluarga pencipta Red Bull).
“Jika saya tidak dapat lelaki yang sebenar (pelaku jenayah itu), saya akan meletakkan jawatan,” kata Comronwit.
Vorayuth berdepan dakwaan menyebabkan kematian kerana memandu secara cuai dan melarikan diri daripada ditangkap polis.
Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat ja-min sebanyak AS$15,900 (RM78,511).
Vorayuth mengaku dia memandu kereta sport berwarna kelabu itu tetapi menyatakan anggota polis tersebut mencelah di hadapan kenderaannya dengan tiba-tiba, kata seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Anuchai Lekbamroong.
Keluarga Chaleo disenaraikan sebagai yang keempat terkaya di Thailand pada tahun ini oleh majalah Forbes dengan kekayaan bernilai AS$4.5 bilion (RM22.22 bilion).
Chaleo meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 80-an.
Dia meninggalkan pewarisnya saham dalam syarikat minuman Red Bull, perniagaan, hospital dan hartanah.
Keluarga itu turut memiliki secara bersama sebuah syarikat yang menjadi pengimport tunggal kereta Ferrari di Thailand. – AP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story