Kate Middleton Menyamar Jadi Orang Biasa Ketika Beli Barang





London : Beliau merupakan salah seorang daripada wanita terkenal di dunia, namun The Duchess of Cambridge, Kate Middleton berjaya menyamar sebagai rakyat biasa ketika membeli sut mandi di sebuah kedai berdekatan kediaman mereka.
Pemilik kedai berkenaan tidak mengenali bakal Ratu Britain itu ketika beliau masuk ke kedai tersebut, malah pemilik tersebut sempat bertanyakan namanya kepada Kate.
Ketika mahu membuat bayaran, Kate terlupa membawa kad kredit dan wang tunai sehingga memaksanya meminta pemilik kedai itu, Dave Buckland menyimpan sut tersebut kepadanya.
Dava ternyata gembira dengan permintaan tersebut dan kemudiannya menghulurkan pen, meminta Kate menulis namanya.
Beliau hanya menulis nama “Mrs Cambridge’’dan selepas Dave melihat nama tersebut, dia memberitahu Kate bahawa ia merupakan nama yang agak luar biasa.
Kate bagaimanapun hanya tersenyum dan keluar dari kedai tersebut.
Namun salah seorang kakitangan di kedai itu memaklumkan kepada Dave identity sebenar Kate.
Pasangan diraja itu telah menetap di rumah berhampiran Rhosneigr sejak dua tahun lalu.
Mereka sering kali dilihat membeli barangan di kedai di kawasan berkenaan.
Menurut seorang pemilik kedai pakaian dan akesesori di situ, Glenn Seddon, Kate pernah membeli barangan di kedainya tahun lalu.
Bagaimanapun selari dengan tradisi keluarga diraja, mereka tidak membawa wang tunai bersama. – MyNewsHub

4 comments:

yuli040108 said...


Infonya cukup bermanfaat banget gan

yuli040108 said...

Makasih ya atas info-infonya

yuli040108 said...

Semoga sukses selalu

yuli040108 said...

Jangan Lupa mampir balik ya

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story