Amirizdwan Taj, Bintang Pertahanan Bola Sepak Malaysia



Kali ni aku nak review pasal player bola sepak Malaysia yang bermain untuk kelab ATM F.A di posisi bek tengah iaitu Amirizdwan Taj Tajudin. Korang kenal tak dengan dia ni? Bagi peminat tegar bola sepak Malaysia mesti kenal dengan dia ni. Diia ni selalu kene call up untuk main dalam pasukan kebangsaan. Kira player tetap la walaupun selalu berada di bangku simpanan. 

Sejak dua menjak ni, nama Amirizdwan Taj atau lebih senang kita panggil Amir Taj sering kita dengari. Berita pasal dia pun selalu keluar dalam Astro Arena dan akhbar tempatan. Baru-baru ni, cerita pasal Amir Taj ni keluar di dalam Berita Harian. So, jom kita baca sikit pasal bintang baru pertahanan bola sepak kebangsaan kita ni. 



Jom baca sikit pasal latar belakang player tinggi lampai nih..

Nama Penuh : Amiridzwan Taj Tajudin
Umur : 26 Tahun
Asal : Kota Bharu, Kelantan (ore klate nih)
Tinggi : 1.85 meter (tinggi beb)
Posisi : Pertahanan
Informasi Kelab :    ATM F.A - (2012)
                             UiTM - (2007-2011)
                             Malaysia (2011 - Kini)

Pendidikan :

Rendah  - SRK Taman Permata KL(1-3)
             - SRK Ismail Petra (3-6)

Menengah   - MRSM Gerik (1-3)
                  - MRSM Kuala Terengganu (4-5)

Universiti Teknologi Mara - Diploma Sains Sukan & Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan


Amir Taj ni kiranya budak pandai la sebab sekolah kat MRSM. Jarang-jarang je budak MRSM ni jadi pemain bola.. Dah tu select national team pulak.. Biasanya budak MRSM ni kerja Engineer, Doktor tak pun Cikgu.. Kira one in a million la ni.. Pergh.. memang respek ar kat Amir Taj ni.. Dah rezeki dia.. Tahniah diucapkan kepada beliau.. 


Pergh.. dah ade dalam game bola..


Actually, Amirizdwan Taj ni merupakan member Admin ASG mase kat MRSM Kuala Terengganu dulu.. Duduk dalam satu Dorm.. Kira member lepak sama2 la dulu2..Kamcing beb.. Tak sangka gak la dia dah berjaya sekarang.. Anyway, aku pun tumpang bangga dengan dia kejayaan dia sekarang. Hope Amir Taj akan terus berjaya dalam karier beliau dan terus menyarung jersi kebangsaan untuk masa yang lama.. Hope jangan injured.. 




Admin ASG bersama Amir Taj ketika majlis konvo MRSM Kuala Terengganu tahun 2003
p/s : Rumour terkini pasal Amir Taj ni.. Dikatakan beliau akan menyertai pasukan Kelantan The Red Warriors.. Adakah berita ini betol? Sama-sama kita tunggu musim depan.. Sumber

1 comments:

Unknown said...

Hai Admin, proud when I Read the story of Abang amir and abg admin, Exactly, i'm mrsm kt students too. So,, Haiii ex kt :) Gud luck in your life, BTW, dewan dah direnovate. ade Aircond. dah takde jaringjaring kuningg tuhhh. Hahhaha :) Contact me On twiter @CheWanSolihah . Byeee

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story