Terdapat satu kejadian di negara tanah besar China dimana seorang penunggang motosikal mati ditempat kejadian akibat ditimbus oleh tar yang cukup panas. Punca berlaku kejadian ini atas kesalahan penunggang motosikal ini yang tidak mengikut undang-undang di jalan raya.
Saksi yang melihat kejadian ini berkata, penunggang motosikal ini memotong lori yang sarat membawa muatan tar yang panas secara tiba-tiba dan menyebabkan pemandu lori tersebut panik dan brek mengejut untuk mengelakkan penunggang motosikal terbabit lalu lori tersebut terbalik dan menghempap motosikal mangsa.
Saksi terbabit berkata, beliau mendengar jeritan mangsa untuk meminta tolong di dalam timbusan tar yang panas tersebut tetapi suara tersebut hilang dalam beberapa saat sahaja.
0 comments:
Post a Comment