Perompak bakar duit RM 500 ribu dalam van keselamatan




Anggota polis menyiasat van keselamatan yang disamun dan dibakar di Jalan Tiong, Off Jalan Meru, Klang.


Di Klang, Selangor, lima perompak bertindak nekad melarikan beberapa karung wang tunai berjumlah RM1 juta daripada sebuah van keselamatan sebelum membakar kenderaan itu yang masih mengandungi baki RM500,000 lagi dalam kejadian di Jalan Tion, Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Dah dapat 1 Juta , 500 ribu tu tak ambik pun tak pe, kalau dasar perompak tu , gi mana pun tak selamat .

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, van dinaiki tiga pengawal keselamatan itu baru selesai mengutip wang tunai dari beberapa kedai nombor ekor berlesen di bandar ini sebelum tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki menghalang van berkenaan di Jalan Meru, di sini.

Patut lah pun , baru lepas kutip duit dari kedai nombor ekor , tu Allah nak tunjuk tu duit judi ni tak kemana juga , habis terbakar .

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, dua daripada suspek yang bersenjatakan pistol kemudian mengarahkan pekerja syarikat keselamatan itu duduk di bahagian belakang van serta mengarahkan pemandunya memandu ke arah Taman Eng Ann, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.“Bagaimanapun, seorang daripada tiga pengawal keselamatan itu berjaya melarikan diri,” katanya.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story