Rekod Tetamu Paling Ramai Pada Majlis Persandingan Anak Ketua Menteri Melaka



Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.

Ia sekaligus telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.

Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan mempelai.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir. Pastinya, majlis itu akan menjadi kenangan terindah buat pengantin.






0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story