Ni kali pertama aku tengok pemandu teksi mogok besar-besaran , lokasi di Jalan Bukit Bintang , mogok aman je tiada rusuhan . Apa yang mereka marahkan ? Dari akhbar yang aku baca iaitu mymetro , mereka marahkan bas Go KL yang bagi tumpang percuma kepada pelancong , jadi pelancong tak nak naik teksi le , lagi mereka marahkan banyak sangat ' Pak Arab ' jadi pemandu teksi haram , tiada tindakan di ambil . Teksi sapu pula banyak , tak kena tangkap pun .
Bas Go KL ni tak kenakan sebarang bayaran kepada pelancong , jadi pelancong tak naik teksi , tapi memang pemandu teksi selalu kenakan caj yang tak masuk akal kepada pelancong , selalunya . Tambah lagi kalau tak paham bahasa omputih hi hi .
Aku pun ada angan-angan nak jadi pemandu teksi juga masa dok KL dulu tahun 2000 , tapi tak dak modal , kebaikannya bagi aku , kerja ikut masa kita , kerja lebih dapat lebih , tak ada orang marah kita , tak payah sewa rumah , tidur je dalam teksi , dah jimat tu , mandi je kat masjid ke mana2 yang free , tu cerita masa bujang , ahaaa sekarang dah kahwin tak leh le buat macam tu kan ? Berita penuh di sini sumber
0 comments:
Post a Comment