Doakan Kami Sehingga Ke Jinjang Pelamin – Apek

Selepas pengakuan daripada Leuniey tentang hubungannya dengan Khairul Fahmi (Apek) lebih daripada kawan biasa, hari ini Apek tampil menerusi Harian Metro mengesahkan percintaan mereka. Menurut Apek, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan mengenai hubungan mereka berdua.

apek leuniey
Hubungan percintaan Apek sebelum ini pernah berkubur sebanyak 2 kali. Namun kali ini, Apek berharap agar orang ramai mendoakan agar hubungannya dengan Leuniey akan berakhir ke jinjang pelamin. Kata Apek:-
Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan(supaya hubungan berkekalan sehingga jinjang pelamin). Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua. Kami tidak akan rahsiakan pertunangan dan perkahwinan kami.
Baguslah begitu. Semoga dengan pengesahan ini, tiada lagi cerita-cerita mengarut tentang Apek yang akan terpampang di dada akhbar. Sekaligus Apek dapat menumpukan perhatian untuk menjaga gawang gol Kelantan dan Malaysia. Semoga hidup dan kerjaya Apek akan terus berkembang maju selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story