Lisa Surihani Mohon Maaf


Melalui mStar Online, Lisa menyatakan permohonan maaf tersebut kerana muncul laporan yang menyatakan Lisa enggan bergambar dengan peminat semasa menjalani penggambaran di sebuah balai.
Khabarnya peminat-peminat Lisa terkilan dengan kejadian tersebut, bagaimanapun Lisa tidak menyalahkan peminat-peminat itu, sebaliknya berharap dapat memenuhi permintaan mereka untuk bergambar pada masa akan datang.
Secara jujurnya saya tidak berniat ]untuk menunjukkan sikap sombong kepada sesiapa pun dan kepada mereka yang terasa hati saya ingin memohon maaf.
Kejadian itu bukan disengajakan kerana saya sedang memberikan tumpuan kepada penggambaran tambahan pula watak yang saya pegang agak berat.
Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu sikap saya yang sebenarnya
Lisa, yang mempunyai 2.1 juta peminat di Facebook,  menambah pada masa itu dia serba salah kerana terpaksa memilih untuk memberikan tumpuan kepada wataknya dan tidak mahu menjejaskan masa yang diperuntukkan pihak produksi. Tambahnya lagi, walaupun produksi tidak kisah jika dia meluangkan sedikit masa untuk bersama peminat, sebagai seorang pelakon dia perlu menghormati masa mereka.
Saya tidak mahu menyusahkan orang lain kerana ingin sesuatu perancangan itu berjalan dengan baik.
Saya sentiasa terfikir boleh ke ambil masa sekejap bergambar dengan peminat ataupun kalau saya turutkan kata hati saya, ia akan mengganggu proses penggambaran.
Begitulah ceritanya dari pihak Lisa. Apa pun kepada peminat tersebut diharap penjelasan Lisa akan menjernihkan keadaan.
Secara peribadi, kami berpendapat jika seorang artis itu sedang bekerja atau melakukan hal personal (membeli-belah, melancong dsb.) lebih baik jika kita hormati kerja dan privasi mereka, tak gitu? Ada masa yang sesuai untuk meminta bergambar dengan mereka, misalnya di sesi khas dengan peminat atau sesi promosi hasil kerja mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story